Jalan pelancongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan tanda masuk ke jalan pelancongan yang biasa dijumpai di Malaysia.

Jalan pelancongan atau laluan indah ialah jenis jalan raya yang direka cipta/diwartakan melalui kawasan yang indah atau kawasan tumpuan pelancong serta penduduk setempat. Penamaan jalan biasanya ditentukan oleh badan kerajaan, seperti Jabatan Pengangkutan atau Kementerian Pengangkutan. Di Eropah dan negara lain di seluruh dunia, jalan pelacongan sering ditandakan dengan papan tanda pelancongan berwarna perang dengan simbol atau nama laluan, atau kedua-duanya.

Negara[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kebanyakkan jalan pelancogan berstatus jalan negeri yang disenggara oleh Jabatan Kerja Raya daerah masing-masing dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1] Jalan pelancongan banyak di pulau pelancongan di tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Pahang atau mana-mana pulau yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai Pulau Pelancongan.[2] Berikut adalah spefikasi dan kelayakan jalan negeri itu diwartakan sebagai jalan pelancongan:

  • Lebar permukaan jalan pelancongan yang telah ditetapkan ialah anatar 2.44 meter—4.27 meter. Ia tidak memerlukan lebar bahu jalan beserta rizab jalan.[2]
  • Ketebalan minimum permukaan jalan
    • SRT I: Ketebalan minimum lapisan pracampuran (premix)/konkrit/bata berkait hendaklah tidak kurang daripada 50 milimeter.[2]
    • SRT II: Ketebalan minimum lapisan kerikil adalah tidak kurang daripada 100 mm manakala, lapisan chip seal mesti tidak kurang daripada 20 mm.[2]
    • SRT III: Ketebalan minimum lapisan laterit adalah tidak kurang daripada 100 mm.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ @JKRMalaysia (1 April 2021). "Kenali Jalan Raya Anda Siri Lapan (8) - Jalan Pelancongan" (Twit). Dicapai pada 24 Mac 2022 – melalui Twitter.
  2. ^ a b c d e Perbendaharaan Malaysia (1 Julai 2021). "Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 3.0". Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2022-03-24.