Jalur Zuhrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bulan dilihat melalui Jalur Zuhrah. Perhatikan bahawa Bulan purnama adalah berdekatan bahagian tengah medan pandangan, yang bermaksud bahawa matahari mesti berada di belakang kamera, hanya di bawah kaki langit.

Jalur Zuhrah atau Sabuk Kejora atau Baji Aram[1] merupakan fenomena atmosfera dilihat tidak lama sebelum matahari terbit atau sejurus selepas matahari terbenam. Pemerhati dikelilingi oleh cahaya merah jambu (atau gerbang anti-senja) yang menjangkau lebih kurang 10°–20° di atas ufuk.

Seperti alpenglow, penghamburan cahaya matahari merah juga mewujudkan Jalur Zuhrah tetapu tidak seperti Jalur Zuhrah, pencahayaan langsung awan dan aerosol yang mewujudkan teja yang menyifatkan alpenglow berlegar rendah di atmosfera dan mewujudkan sebuah jalur mendatar merah yang boleh dilihat hanya selepas matahari terbenam atau sebelum terbit matahari. Tidak seperti alpenglow, cahaya matahari dibiaskan dalam zarah debu halus yang mewujudkan gerbang merah jambu cerah Jalur Zuhrah berlegar tinggi di atmosfera dan mengekalkannya lama selepas matahari terbenam atau lama sebelum matahari terbit. Secara tidak langsung, Jalur Zuhrah ialah alpenglow yang benar boleh dilihat pada waktu aram-temaram berhampiran titik anti suria.

Selalunya, cahaya dipisahkan dari ufuk oleh lapisan gelap, bayang-bayang Bumi atau "segmen gelap." Warna merah jambu terang gerbang adalah disebabkan oleh penghamburan cahaya merah dari matahari yang menerbit atau membenam. Kesan yang sangat serupa dapat dilihat semasa gerhana matahari penuh. Cahaya zodiak, yang disebabkan oleh pantulan cahaya matahari dari debu antara planet dalam sistem suria, juga merupakan fenomena yang sama.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Naylor, John (2002). Out of the blue : a 24-hour skywatcher's guide. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 72. ISBN 0-521-80925-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]