Jamal Abdillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jamal Abdillah

DIMP (Pahang)
Jamal sewaktu membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Kelahiran
Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali

(1959-05-07) 7 Mei 1959 (umur 64)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PangkatRaja Pop Malaysia
Pasangan
  • Basariah Abdul Latif (cerai)
  • Noraina Mohd Yusof (cerai)
  • Fatimatuzahra Abdul Samad (cerai)
  • Datin Zai Izzati Khiruddin (k. 2017)
Anak-anak6 (termasuk Yamani Abdillah dan Zaki Yamani)
Ibu bapa
  • Haji Mohd Ali Hussain (bapa)
  • Zainon Hassan (ibu)
Keluarga
  • Jamilul Hayat Ali (adik)
  • Helmi Hussaini Ali (adik)
  • Ahmad Tihami Ali (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
EMI, Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Ahmad Nawab, Rahmat Zaki, M. Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki

Yang Hormat Dato' Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali pun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1][2][3][4][5] Beliau mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak menerusi lagu-lagu popularnya seperti "Perpisahan Tanpa Relamu", "Derita Cinta", "Azura", "Sandarkan Pada Kenangan", "Kau Lupa Janji", "Cinta Yang Terbiar", "Kekasih Awal dan Akhir" dan "Penghujung Rindu".[6][7]

Beliau ialah antara salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya menghasilkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal dan Akhir.[8] Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.[9][10][11][12] Sepanjang kerjayanya, Jamal pernah meraih gelaran Persembahan Vokal Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).[13][14][15] Anak-anak beliau, Zaki Yamani dan Osama Yamani meneruskan perjuangan beliau dalam bidang muzik.[16][17][18]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada Hari Khamis bersamaan 28 Syawal (10), 1378, 7 Mei 1959 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak sulung daripada keluarga yang seramai tujuh adik-beradik serta berketurunan Banjar.[19][20] Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah rendah di Brunei. Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan meneruskan persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan. Bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana. Bakat yang terdapat dalam diri beliau ialah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Adiknya, Helmi Hussaini Ali pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang lakonan dan kini telah bersara. Adiknya yang lain termasuk Jamilul Hayat yang juga mencipta nama sebagai penyanyi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1970-an: Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, Jamal yang ketika itu berusia 14 tahun, telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya memperoleh gelaran juara. Bakatnya akhirnya dipersembahkan ke seluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun.[21][22] Persembahan beliau dengan lagu hits Alleycats berjudul "Senandung Semalam" begitu memukau sehingga kembali mempopularkan lagu tersebut.[23][24]

1980-an: Album pertama dan bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Selepas menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music, Jamal menerima bimbingan komposer dan penerbit rakaman, Ahmad Nawab.[21][25] Bekerja dengannya, Jamal merakamkan album studio pertamanya, Perpisahan Tanpa Relamu.[26] Dikeluarkan pada 7 April 1980, album ini memuatkan sebanyak 12 lagu dan mengambil masa selama bulan untuk disiapkan. Beliau turut merakamkan lagu "Malam Pertama" yang merupakan versi Bahasa Melayu bagi lagu "Savannah Nights" yang dinyanyikan oleh Tom Johnston.[27]

Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Toyol arahan Malek Selamat lakonan Sidek Hussain dan Rohani Yahya. Dalam filem ini, beliau membuat penampilan khas sebagai penyanyi jemputan. Ia menandakan percubaan sulung beliau dalam bidang lakonan. Album keduanya, Derita Cinta dikeluarkan setahun kemudian, iaitu pada 21 Mac 1981. Menerusi album ini, beliau merakamkan semula lagu "Tidurlah Permaisuri" yang asalnya dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan lagu "Menanti Kasih" yang merupakan versi bahasa Melayu bagi "Lonely Disco Dancer" dinyanyikan oleh Dee Dee Bridgewater.

Pada awal 1982, album ketiga Jamal menyusul dengan tajuk Hatiku Luka Kembali, diikuti dengan album keempat, Layang-Layang pada awal 1983. Setelah merakamkan empat album bersama Ahmad Nawab, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Ketika itu kemunculannya sebaris dengan penyanyi seangkatan seperti Sudirman Arshad, Aman Shah, Rahim Maarof, M. Nasir dan Shidee.

Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Ogy Ahmad Daud dalam filem Azura keluaran Sabah Film pada tahun 1984.[28] Kemunculan beliau dalam filem itu telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi ialah filem Adik Manja sebanyak RM 3.5 juta.

Di tengah-tengah isunya sedang hangat diperkatakan, beliau muncul dengan album seterusnya iaitu Mati Hidup Semula setelah menyertai semula WEA. Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia. Album tersebut memperlihatkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit S. Atan dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S. Sahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah. Jamal juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu Mati Hidup Semula. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menghadapi masalah di Sarawak.[29] Ketika ini juga Jamal mendirikan rumahtangga bersama usahawan Basariah Latiff.

Ramai peminat Jamal yang mahukan beliau menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Untuk tidak menghampakan peminat-peminat beliau, sekali lagi Ahmad Nawab diberi penghormatan menerbitkan album Jamal yang kelapan berjudul Sepi Seorang Perindu. Setahun kemudian, Seniman Menangis diterbitkan hasil sentuhan komposer yang sama. Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana beliau ialah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suara beliau.

Sementara itu, bakat lakonan Jamal tidak dilupakan, kehilangan beliau dari layar perak selepas kejayaan filem Azura ditunggu-tunggu. Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989, Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem Tuah keluaran RJ Film Productions milik Rosnani Jamil.[28]

1990-an: "Kekasih Awal dan Akhir" dan puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 1990, album kesembilan Jamal, Seniman Menangis telah dikeluarkan. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Seniman Menangis", "Inikan Nasib" dan "Jalan Yang Aku Lalui". Setahun kemudian, album kesepuluhnya, Jamal dikeluarkan pada Jun 1991.[30][31] Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Takdir Penentu Segala", tetapi lagu "Kekasih Awal dan Akhir" yang dikeluarkan sebagai single keempat menjadi kejayaan komersial.[32][33]

Sekali lagi Jamal menunjukkan mutu lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem Sejati (1991) arahan Norhan Mahmood dengan memegang watak sebagai Bani, seorang lepasan universiti telah tercedera dalam satu perlumbaan motosikal haram.[28][34] Seterusnya, beliau berlakon bersama Sofia Jane dalam filem Kekasih Awal dan Akhir (1993) arahan Zulkifli M. Osman dengan melakonkan watak sebagai Yusman.[35][36] Ditayangkan pada 31 Mei 1993, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.[37][38]

Pada 10 Jun 1994, album studionya ke-11, Penghujung Rindu telah dikeluarkan, diikuti oleh album Suratan Kasih yang dikeluarkan pada 17 Disember 1995. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 60,000 unit.[39] Bagaimanapun, sebahagian kecil lagu-lagu di dalam album ini tidak boleh dikeluarkan untuk siaran radio berikutan kes penahanan beliau atas kesalahan narkotik. Album ini kemudian telah dijenamakan semula sebagai Penawar Kasih dan dikeluarkan pada tahun 1997 dengan penambahan satu lagu iaitu "Penawar Kasih".[40]

Jamal kemudian berlakon dalam dua lagi filem, iaitu Suratan Kasih (1996) yang kembali menggandingkannya bersama Sofia Jane dan Ghazal Untuk Rabiah (1997) lakonan bersama Wilma Muhammad. Beliau turut menyumbangkan suaranya bersama M. Nasir menerusi lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama.[41][42] Namun begitu, boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaannya.

2000-an: Pasca-kejayaan[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mac 2002, album ke-14 Jamal, Segala Cinta telah dikeluarkan dan ia merupakan album pertamanya dalam tempoh 4 tahun sejak album Samrah. 3 lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single termasuk runut tajuk.[43][44][45]

Jamal juga berduet bersama Ramlah Ram dengan menyumbangkan runut bunyi filem Mendam Berahi yang juga bertajuk sama. Setahun kemudian, Jamal muncul dengan album kompilasi Raja Pop. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah daripada album yang terdahulu serta mengandungi dua lagu baru yang menampilkan Siti Sarah dan Francissca Peter.

Antara 2005 dan 2009, Jamal muncul dengan dua album studio, Aku Penghibur dan Tak Hilang Cinta. Menerusi album Aku Penghibur, 3 lagu dikeluarkan sebagai single – "Gadis Melayu", "Seroja" dan "Lagu Gembira" menampilkan duet bersama Ning Baizura. Manakala untuk Tak Hilang Cinta, 3 lagu dikeluarkan sebagai single, iaitu "Apa Lagi", "Tak Hilang Cinta" dan "Terpesona Dusta" menampilkan duet bersama Daly Ahli Fiqir.

2010-an: Raja Pop 2[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2011, Jamal muncul dengan album Raja Pop 2 yang mempertaruhkan single pertama, "Aku Maafkan Kamu" menampilkan duet bersama bekas ahli Too Phat, Malique. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, namun tidak menampilkan Malique, sebaliknya menampilkan Zizan Razak.[46][47] Lagu lain yang dikeluarkan sebagai single ialah "Bahagia Sementara" dan "Rayuan Maut". Kedua-dua lagu ini melayakkan Jamal menang dua kategori, iaitu Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) dan Anugerah Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).[48]

Pada Ogos 2014, Jamal telah mengadakan persembahannya di Konsert Nostagia Dato' Jamal Abdillah yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri Bin Jamal Events menyaksikan Jamal mempersembahkan lagu yang belum pernah dinyanyikan secara langsung telah dipilih. Malah, untuk konsertnya ini, beliau bergandingan dengan penyanyi Indonesia, Eddy Silitonga. Beliau juga telah menyanyikan lagu bertajuk "Agongnya Kecintaan" yang ditujukan khas kepada mangsa nahas Penerbangan 370 dan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.[49][50][51][52]

Pada November 2015, Jamal berkongsi pentas bersama M. Nasir dalam Konsert 2 Dimensi yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Konsert ini turut disiarkan secara langsung di TV1 pada 22 Mei 2016[53]

Pada tahun 2019, Jamal berduet bersama Wany Hasrita menerusi lagu "Belenggu Rindu". Ini merupakan rakaman pertama Jamal dalam tempoh 8 tahun sejak album terakhirnya, Raja Pop 2.[54][55]

2020-an: Kejayaan berterusan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2020, Jamal tampil dengan lagu Raya berjudul "Moh Beraya" yang turut menampilkan Shiha Zikir. Lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik Ajim Maze ini turut menampilkan suara bekas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan beberapa individu lain.[56]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Jamal telah berkahwin sebanyak 4 kali. Perkahwinan pertama beliau ialah dengan Basariah Abdul Latif pada Julai 1988 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.[57] Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996,[58] Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.[59][60][61]

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani.[62][63] Jamal tiba-tiba melafazkan cerai ketika berada di dalam kereta pada 15 Mei 2007.[64][65]

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin,[66] iaitu perkahwinan beliau kali keempat.[67][68] Bersama Zai Izzati, Jamal dikurniakan tiga lagi anak, iaitu Nur Azura Yamani,[69][70] El Issac Yamani[71][72] dan Iskandar Rayyan Yamani.[73] Ibunya, Zainon Hassan meninggal dunia pada 7 Jun 1993 akibat serangan jantung pada usia 50 tahun.[74]

Adik Jamal, Ahmad Tihami atau Hamka meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2 Julai 2019 di usia 48 tahun.[75][76][77]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya, Jamal menjadi subjek kontroversi di arena hiburan tanahair. Pada 9 Oktober 1984,[78] beliau dihadapkan di sebuah mahkamah majistret di Kuching, Sarawak dan ditahan selama seminggu untuk menjalani pemeriksaan dadah berikutan dengan penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.[79] Beliau kemudian dibebaskan dari Pusat Pemulihan Dadah, lapan bulan lebih awal daripada jangka masa pemulihan yang sepatutnya dijalaninya. Sebuah jawatankuasa pemilihan mendapati bahawa Jamal telah pulih sepenuhnya dan membenarkannya dibebaskan.[80]

Setahun kemudian, pada tahun 1985, beliau mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan akan keluar dari WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi. Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin kerjaya beliau sebagai penyanyi.

Namun, kontroversi sekali lagi menghimpit beliau apabila beliau didakwa di Mahkamah Syarlah Ipoh atas tuduhan berkhalwat pada November 1986. Jamal ditangkap bersama kakak angkatnya di sebuah kawasan perumahan.[81]

Pada Mac 1996, Jamal dikenakan hukuman denda sebanyak RM400,000 atas pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, Susana Sapawi. Mereka berdua ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah apartmen di Petaling Jaya, Selangor pada Januari tahun yang sama.[82][83]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1980 Toyol Penyanyi Filem pertama, penampilan istimewa
1984 Azura Zack / Zakaria
1989 Tuah Hang Tuah / ASP Sazali
1991 Sejati Bani
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Yusman
1996 Suratan Kasih Sunny / Said Helmi
1997 Ghazal Untuk Rabiah Jamal / Salman

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Jenakarama Dirinya sendiri TV1 Pelakon undangan
1996 Sambal Jantan TV3 Pelakon undangan
2012 Bicara - bersama Daud Yusof Dirinya sendiri Mediacorp Suria Artis undangan
2015 Konsert Nostagia Dato' Jamal Abdillah Dirinya sendiri TV1
2016 Konsert 2 Dimensi Dirinya sendiri Bersama Dato' M. Nasir
Akademi Fantasia 2016 Juri jemputan Astro Ria
2017 Sepahtu Reunion Live Dirinya sendiri Astro Warna Episod: "Alahai Kassim"
2019 Dirinya sendiri Episod: "Harta Pusaka Berpuaka"
Cinta Overhaul Aidilfitri Zakaria
Maharaja Lawak Mega 2019 Juri tetap

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Azura Zack VCD

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Catatan Keputusan
1973 Juara Bintang Kecil Brunei Darussalam N/P Pertandingan ini merupakan antara titik permulaan beliau dalam menceburi bidang muzik. Menang
1979 Juara Bintang RTM 1979 Solo Pertandingan akhir ini diadakan pada 8 Januari 1980. Ketika itu, beliau hanya berusia 20 tahun tetapi mampu mengalahkan enam penyanyi solo yang lain.[84] Menang
1985 Pesta Filem Malaysia 1985 Anugerah Lagu Filem Terbaik Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Azura". Menang
1989 Pesta Filem Asia Pasifik Ke-34 Anugerah Khas Pertandingan ini diadakan di Jakarta, Indonesia. Beliau memenangi kategori ini menerusi filem yang bertajuk "Tuah" dan membawa watak seorang tokoh lagenda sejarah iaitu Hang Tuah kerana temanya yang bersesuaian dengan tuntutan semasa. Menang
1992 Juara Konsert Puncak Pujaan 10 Nescafé N/P Beliau memenangi pertandingan ini menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir". Menang
1993 Anugerah Bintang-Bintang Popular Penyanyi Lelaki Paling Popular Pertandingan ini ialah kali ketujuh penganjuran majlis penganugerahan tahunan yang dikelolakan oleh Berita Harian. Menang
1994 Anugerah Industri Muzik (AIM) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) Beliau memenangi kategori ini menerusi album Jamal. Menang
1997 Anugerah Juara Lagu Juara Irama Malaysia Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Ghazal Untuk Rabiah" (Duet bersama M.Nasir) Menang
2007 Anugerah Era Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan Berduet Mawi Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anugerah Sepanjang Hayat N/P Menang
2012 Anugerah Industri Muzik (AIM) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Hip Hop Terbaik Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Bahagia Sementara".

Menerusi lagu "Aku Maafkan Kamu" Bersama Malique

Menang
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Tempat Ketiga Beliau memenangi tempat ketiga menerusi lagu "Belenggu Rindu" (Duet bersama Wany Hasrita) Menang

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jamal Abdillah". Berita Minggu Singapura. 26 Julai 1981. m/s. 7. Dicapai pada 19 Januari 2019.
  2. ^ "Jamal masih malar segar". Berita Harian Singapura. 8 Mac 2015. m/s. 14.
  3. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (18 Oktober 2022). "Jamal Abdillah insafi kesementaraan". Kosmo!. Dicapai pada 11 Mac 2023.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (23 Mac 2021). "Pilih kasih tidak mustahil – Jamal Abdillah". Kosmo!. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 Mei 2020). "Rezeki 'terbabas' Jamal Abdillah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  6. ^ "Lagu Jamal Abdillah". Berita Harian Singapura. 4 Jun 1988. m/s. 5. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  7. ^ "Jamal Abdillah semakin tabah dan yakin". Berita Harian Singapura. 1 Disember 2009. m/s. 5.
  8. ^ Lockard 1998, m/s. 257.
  9. ^ "Despite Challenges, Asia Biz Thrives". Billboard. 27 Disember 2003. m/s. YE-16.
  10. ^ Georgie Joseph (9 Januari 2012). "Gelaran Raja Pop tetap milik Jamal". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  11. ^ Elrafaei Sapi (5 Mac 2012). "Jamal malar segar". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  12. ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Januari 2014). "Gemilang 35 tahun Jamal Abdillah". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  13. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Mac 2021). "Saya pun pernah 'terkucil' - Jamal Abdillah". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  14. ^ Tahir Alhamzah (1 Mac 2021). "#Showbiz: Jamal Abdillah to share his secret to looking & feeling younger". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  15. ^ Zaidi Mohamad (22 Oktober 2021). "'Bangkit dari fasa gelap'". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  16. ^ Norhayati Nordin (17 Mei 2020). "Jamal sokong minat menyanyi Osama dan Zaki". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  17. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Februari 2023). "Jamal teruja rakam single bersama dua anak". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2023.
  18. ^ "#Showbiz: Osama, Zaki plan to reunite Jamal's extended family". NST Entertainment. New Straits Times. 6 Mei 2022. Dicapai pada 13 Mac 2023.
  19. ^ Zainuri Misfar (13 Oktober 1993). "Siapa Jamal Abdillah". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2020.
  20. ^ "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru". ANTARA News Kalimantan Selatan. Dicapai pada 9 Oktober 2015.
  21. ^ a b Sumadi Sarkawi (27 Februari 1980). "Orang yg istimewa di hati Jamal Abdillah..." Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 18 Januari 2019.
  22. ^ "Veteran singer Jamal tells how he overcame his drug addiction in book". The Star (dalam bahasa Inggeris). 31 Julai 2006. Dicapai pada 7 Januari 2012.
  23. ^ Phic Arman (21 Januari 2020). ""Saya Lambakkan Duit Tu Dekat Arwah Mak"- Dato' Jamal Abdillah Imbau Kisah Lama". Murai.my. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  24. ^ Azman Samsudin (25 Julai 1993). "Jamal selepas 15 tahun". Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2020.
  25. ^ Zubir Ali (16 Mac 1992). "Yang tersurat dan yang tersirat..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2020.
  26. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 Mei 2012). "Warner Music balas budi Jamal". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  27. ^ "WEA beri 'gold disc' kepada Jamal Abdillah". Berita Harian Singapura. 19 Ogos 1981. m/s. 5. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  28. ^ a b c "I'm a lousy actor, says Jamal" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 18 Februari 1992. m/s. 20. Dicapai pada 2 April 2019.
  29. ^ Norazizah Kam (6 Julai 1986). "Jamal terima Ceper Emas". Berita Minggu Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  30. ^ "Jamal tukar selera dalam album ke-10". Harian Metro. 18 November 1991. Dicapai pada 2 April 2020.
  31. ^ Azwani Abdul Ghani (1 Februari 1992). "Jamal tak mahu publisiti murah". Harian Metro. Dicapai pada 2 April 2020.
  32. ^ Azwani Abdul Ghani (19 Jun 1992). "Semangat Jamal pulih semula". Harian Metro. Dicapai pada 2 April 2020.
  33. ^ Rosmin Darus; Zainuri Misfar (15 Mac 1992). "Antara lagu terbaik Jamal". Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2020.
  34. ^ "'Jamal diserang barah. Raja Ema leukemia'". Berita Harian Singapura. 28 Oktober 1990. m/s. 8.
  35. ^ "Jamal tumpu bidang lakonan". Berita Minggu. 6 September 1992. Dicapai pada 2 April 2020.
  36. ^ Mokhtar Alias (18 Oktober 1992). "Tumpang tuah lagu popular". Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2020.
  37. ^ Zubairi Zabidin (2 Jun 1993). "Kekasih Awal Dan Akhir hebat". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2020.
  38. ^ Zubairi Zabidin (11 Jun 1993). "Filem 'KADA' kutip lebih RM1 juta". Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2020.
  39. ^ "Jamal bela album 'bau' M. Nasir". Berita Harian Singapura. 7 Mac 1996. m/s. 6. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  40. ^ "Jamal muncul dengan album baru lepas digam setahun". Berita Minggu Singapura. 2 Mac 1997. m/s. 11. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  41. ^ "'Ghazal untuk Rabiah' semakin popular". Berita Harian Singapura. 8 Februari 1996. m/s. 6. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  42. ^ Rasiah Halil (25 Februari 1996). "Lagu Ghazal Untuk Rabiah: Satu penilaian ringkas". Berita Minggu Singapura. m/s. 11. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  43. ^ "Segalanya cinta Jamal". Harian Metro. 14 Mei 2002. Dicapai pada 6 April 2020.
  44. ^ Meor Shariman (7 Mei 2002). "Osama's cover for Jamal" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 April 2020.
  45. ^ Ramlah Zainal (8 Julai 2002). "Jamal unggul". Harian Metro. Dicapai pada 6 April 2020.
  46. ^ "Jamal, Malique dalam album Raja Pop 2". Berita Harian. 6 September 2011. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  47. ^ "Album Jamal Raja Pop 2". Harian Metro. 31 Ogos 2011. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  48. ^ Dennis Chua (18 November 2012). "Jaclyn and Jamal sweep AIM 19 awards". New Sunday Times. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  49. ^ Mohd Al Qayum Azizi (28 Ogos 2014). "Gabungan Magis Jamal Abdillah & Eddy Silitonga Dalam 'Konsert Nostalgia'". mStar Online. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  50. ^ Budiey (17 Januari 2015). "RTM Siar Konsert Nostalgia Dato' Jamal Abdillah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  51. ^ Dennis Chua (20 Jun 2014). "A first for Jamal and Eddy". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  52. ^ Steven Patrick (9 Ogos 2014). "Jamal Abdillah to perform at Istana Budaya this month". The Star Online. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  53. ^ "Konsert Dimensi satukan M. Nasir dan Jamal Abdillah di TV1, 22 Mei ini". Utusan Borneo. 15 Mei 2016. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  54. ^ "Belenggu Rindu, taruhan Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita". Astro Awani. 12 September 2019. Dicapai pada 11 Mac 2020.
  55. ^ Nadia Azam (12 September 2019). "Jamal 'guna' Wany Hasrita untuk tarik orang muda". Malaysiakini. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  56. ^ Asyraf Roslan (24 Mei 2020). "'Moh Beraya' buah tangan Shiha Zikir bersama MB Perak dan Jamal Abdillah". Astro Awani. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  57. ^ "Jamal Abdillah bernikah dengan pengurus pemasaran". Berita Harian Singapura. 28 Julai 1988. m/s. 2.
  58. ^ "Basariah, Jamal tetap berkawan". Harian Metro. 22 Oktober 1997. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  59. ^ "Jamal Abdillah terima cahaya mata". Berita Harian Singapura. 27 November 2001. m/s. 10.
  60. ^ Nor Akmar Samudin (28 November 2001). "Anakku Osama". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  61. ^ Nor Akmar Samudin (6 Disember 2001). "Yaman hadiah isteri". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  62. ^ Hanisah Selamat (7 Februari 2006). "Anak pensyarah isteri terbaru Jamal". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  63. ^ "Jamal enggan ulas soal kahwin". Berita Harian Singapura. 25 Disember 2005. m/s. 12.
  64. ^ Siti Azira Abdul Aziz (10 Jun 2009). "Kes ugut: Isteri Jamal ingin tarik balik kes kerana anak". mStar Online. Dicapai pada 10 Jun 2009.
  65. ^ Masami Mustaza (19 Mei 2007). "Singer admits to slapping wife". Weekend Mail. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  66. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 Januari 2019). "Jamal Abdillah akui silap diri gagal dalam 3 perkahwinan, kini bahagia dengan Izzati". mStar Online. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  67. ^ Hanisah Selamat (6 Mac 2018). "Isteri anugerah terindah - Jamal Abdillah". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  68. ^ Dennis Chua (19 November 2017). "Jamal Abdillah introduces his wife to fans". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  69. ^ Ramlah Zainal (11 September 2019). "Azura Yamani jadi pilihan Jamal Abdillah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  70. ^ "Nur Azura Yamani pelengkap perkahwinan Jamal Abdillah dan isteri". Astro Awani. 10 Oktober 2019. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  71. ^ "Jamal Abdillah timang anak keempat pada 11.11.2020". Astro Awani. 11 November 2020. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  72. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 Julai 2020). "Jamal pilih nama El Isaac Yamani untuk anak". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  73. ^ "Jamal pilih tarikh cantik 22.02.2022 sambut anak kelima, beri nama Iskandar Rayyan Yamani". mStar Online. 9 Februari 2022. Dicapai pada 23 Mac 2022.
  74. ^ Zubairi Zabidin (8 Jun 1993). "Takziah artis untuk Jamal Abdillah". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2020.
  75. ^ Ramlah Zainal (3 Julai 2019). "Adik Jamal Abdillah meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  76. ^ Dennis Chua (3 Julai 2019). "#Showbiz: Jamal Abdillah's younger brother dies". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  77. ^ Saharudin Musthafa (2 Julai 2019). "Adik Jamal Abdillah meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  78. ^ Sani Ali (4 Mei 1986). "Jamal cuba bersihkan imej untuk tempuh hidup baru". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 19 Januari 2019.
  79. ^ "Jamal Abdillah dihadapkan ke mahkamah kerana dadah". Berita Harian Singapura. 10 Oktober 1984. m/s. 1.
  80. ^ "Jamal Abdillah bebas". Berita Harian Singapura. 13 Februari 1986. m/s. 1.
  81. ^ "Jamal Abdillah hadapi dakwaan berkhalwat". Berita Harian Singapura. 7 Januari 1987. m/s. 1.
  82. ^ "Khalwat: Jamal Abdillah didenda". Berita Harian Singapura. 14 Mac 1996. m/s. 6.
  83. ^ "Actor khalwat" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 14 Mac 1996. m/s. 4. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  84. ^ "Jamal Abdillah Juara Bintang RTM 1979". 16 Jun 2011. Dicapai pada 16 Ogos 2012.
  85. ^ "Singers Jamal Abdillah, Rossa conferred Datuk titles" (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 21 April 2015.
  86. ^ "Jamal Abdillah, Rossa Terima Gelaran Datuk". mStar Online. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 23 Mac 2018.

Sumber cetakan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]