Jamal Yunos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Datuk
Jamal Yunos
Butiran peribadi
Lahir1970 (umur 48–49)
Sungai Leman, Sekinchan, Selangor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganNurhanizatul Shida Mat Hassan
Pekerjaan
  • Ushawan
  • ahli politik

Jamal Yunos merupakan seorang pengusaha kedai Ikan Bakar Sekinchan dari Sungai Besar, Selangor. Beliau juga pernah terlibat dalam perniagaan jual beli kereta. Beliau dilahirkan pada tahun 1970, juga merupakan aktivis yang dipanggil sebagai "Baju Merah" untuk menentang Bersih 5 yang diadakan pada bulan November 2016. Beliau juga sering membuat perhimpunan untuk menentang kempen Bersih 5 yang dianjurkan sebelum Perhimpunan Bersih 5 yang sebenar diadakan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 November 2016. Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Besar. Pada 21 Disember 2016, beliau membuat protes dengan hanya bertuala sahaja di hadapan pejabat SUK Selangor kerana ingin membidaskan isu air yang melanda di Selangor kepada Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali dan menyatakan ingin menumpang mandi di pejabat SUK Selangor. Ini berikutan air yang melanda negeri Selangor. Ini mengakibatkan Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa rakyat Selangor berhak untuk memilih sesiapa pun untuk menjadi Menteri Besar Selangor, termasuklah pemimpin Umno yang bertuala.[1] Beliau juga membuka sebuah restoran secara percuma di Jalan Pahang dan nenyatakan restoran itu disokong oleh beberapa Gabungan NGO dan sekerang akan ditutup oleh DBKL.[2] Selepas kerajaan Barisan Nasional kalah kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad, Jamal Yunos telah menggunakan laluan tikus lari ke Indonesia dan bersembunyi di ladang.[3] Walaupun masih menjadi buruan polis, Jamal Yunos menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.[4]

Tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber]

Jamal dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tanah air kerana tindakannya menyindir penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air. Berikut ialah komen pedas beliau: "Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain". Tindakannya menyebabkan kemaharan netizen lebih - lebih lagi peminat tegar Dato Siti. Komen pedas itu juga menyebabkan Dato Siti terdiam.

Aksi memecahkan botol arak[sunting | sunting sumber]

Insiden ini berlaku berikutan bantahan golongan Muslim terhadap pesta arak "The Better Beer Festival 2017" yang dijadualkan untuk dianjurkan di Publika, Mont Kiara di bulan Oktober 2017 [1]. Walaupun pesta tersebut hanya ditumpukan kepada golongan bukan muslim dan tidak menjadi masalah jika golongan muslim menjaga anak-anak muslim dengan baik dan tegahan terhadap orang Islam dikuatkuasakan dengan baik.

Berikutan bantahan dari badan bukan kerajaan, parti politik dan ahli ulama, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akur kepada tekanan, dan telah membatalkan penganjuran pesta tersebut. Pihak polis berkata pesta arak wajar dibatalkan kerana menerima laporan bahawa golongan extremist Islam mengancam akan melakukan keganasan jika pesta arak diteruskan [2].

Melihat kepada sokongan-sokongan terhadap Pesta Arak tersebut, Jamal telah membawa 10 kotak (berisi 10 botol setiap kotak) arak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor untuk membuat bantahan terhadap penganjuran pesta tersebut di Klang, Selangor [3]. Apabila beliau ditegah dari memasuki bangunan setiausaha kerajaan, Jamal telah meletakkan kotak arak di hadapan pagar di depan pintu masuk sebagai persediaan protes beliau. Jamal seterusnya memperlihatkan kesungguhan bantahan belia dengan memecahkan botol arak menggunakan tukul besar sledgehammer. Jamal kemudiannya meninggalkan tempat kejadian dengan sepuluh orang pengikutnya selepas selesai membersihkan kawasan protes mereka. Sikap berani Jamal disifatkan oleh rata-rata penduduk Klang bagaikan Panglima Melayu.

Laporan polis dibuat dan polis menahan Jamal dan sepuluh orang pengikutnya untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram [4]. Ketika ditahan, Jamal berkata beliau "rela digari daripada membiarkan anak Selangor mabuk arak". [5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.kwiknews.my/news/dbkl-tolak-permohonan-penganjuran-better-beer-festival-2017 "DBKL Tolak Permohonan Penganjuran 'Better Beer Festival 2017"
  2. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/09/324960/pas-kelantan-bantah-pesta-arak "Kelantan bantah pesta arak"
  3. https://www.malaysiakini.com/news/395895 "Polis dapat tahu rancangan pengganas di pesta arak"
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-yunos-pecahkan-botol-arak-tanda-protes-157023
  5. https://www.malaysiakini.com/news/397415 "Jamal ditangkap selepas aksi pecahkan botol arak"
  6. http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/10/06/saya-rela-digari-daripada-biar-anak-selangor-mabuk-arak-kata-jamal/"Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal"
    1. ^ Rakyat Selangor boleh pilih pemimpin bertuala sebagai MB, kata Azmin.
    2. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/13/dbkl-arah-restoran-makan-percuma-3-tahun-jamal-ditutup/
    3. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-yunos-guna-laluan-tikus-lari-ke-indonesia-kpn-177570
    4. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/kelayakan-jamal-masih-jadi-tanda-tanya-1.846329