Jamaliah Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Puan

Jamaliah Jamaluddin

جمالية جمال الدين
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Bandar Utama
Memegang jawatan
26 Jun 2018
Didahului olehYeo Bee Yin (DAPPH)
Majoriti38,561 (90.45%)
Butiran peribadi
Lahir (1989-03-16) 16 Mac 1989 (umur 33)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Democratic Action Party Flag.svg PH-DAP
Alma materNorthwood University, Midland, Michigan
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmihttps://www.jamaliahjamaluddin.com

Jamaliah Jamaluddin (Jawi: جمالية جمال الدين ; Cina: 嘉玛莉亚; pinyin: Jiā mǎ lì yà) merupakan ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti komponen dalam parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH). Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kerusi N36 Bandar Utama[1].

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Jamaliah Jamaluddin dilahirkan di Lembah Klang pada 16 Mac 1989. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga. Kecenderungan beliau dalam politik tercetus sejak zaman remaja lagi dan banyak dipengaruhi oleh ayahnya, Jamaluddin Ibrahim, yang merupakan hos radio dan kolumnis terkenal. Jamaliah juga lebih sinonim sebagai cucu Shamsiah Fakeh, seorang nasionalis tersohor negara, feminis dan ketua perajurit Angkatan Wanita Sedar (AWAS).[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Berkelulusan Kelas Pertama dalam Diploma Pengajian Perniagaan dari Management & Science University (MSU), beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Northwood University, Amerika Syarikat. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pengajian Perniagaan dan diberi penghormatan Magna Cum Laude.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak tahun 2015 lagi, apabila beliau menjadi salah seorang sukarelawan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada tahun berikutnya, beliau telah dipilih untuk menjawat sebagai Ahli Majlis di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Di samping itu, beliau turut berkhidmat sebagai pembantu khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Damansara Utama, Yeo Bee Yin. Beliau terus menyandang kedua-dua jawatan tersebut sehingga tahun 2018.

Pada tahun 2018, Jamaliah dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, mewakili DAP buat julung kalinya, dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bandar Utama. Beliau berjaya memperoleh 90.4% undi penduduk dengan majoriti 38,561, sekaligus menjadikan beliau antara wakil rakyat termuda dalam Dewan Negeri Selangor.

Setelah diberi mandat oleh rakyat, Jamaliah berhasrat untuk memberi fokusnya terhadap isu-isu hangat, terutamanya dalam menangani masalah perkauman, dan pemberdayaan pemuda.

Kini, Jamaliah juga menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Selangor dan Wakil Bendahari Nasional bagi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Keputusan Pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor[3]
Tahun Kerusi Undian Peratus Parti Lawan Undian Peratus Jumlah Undian Majoriti % Pengundi
2018 Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (DAP) 38,561 90.45% Ch'Ng Soo Chau (MCA) 3,882 9.11% 42,631 34,679 83.65%
Chong Fook Meng (Bebas) 188 0.44%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]