Jamaluddin Adnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Jamaluddin Adnan

D.S.S.A., K.M.N., P.P.N.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Selangor
Dalam jawatan
1997–2004
Didahului oleh Abu Hassan Omar
Digantikan oleh Mohd Daud Tarihep
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Permatang
Dalam jawatan
1990–1997
Didahului oleh Khalid Ahmad
Digantikan oleh Abu Hassan Omar
Butiran peribadi
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PekerjaanAhli politik

Dato' Jamaluddin Adnan ialah bekas ahli politik di Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor bermula selepas memenangi pilihan raya kecil Kuala Selangor 1997 hingga berakhirnya penggal 1999–2004. Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk DUN Permatang sejak 1990 hingga meletak jawatan pada 1997. Beliau meletak jawatan sebagai ADUN Permatang bagi membolehkan pilihan raya kecil Permatang 1997 diadakan untuk bertukar kerusi dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Abu Hassan Omar yang diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad[1].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1985
    • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) - 1979
  •  Selangor
    • Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' (1996)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jadikan Teluk Intan pengajaran: Anwar (HL)" (PDF). Perdana. 28 Mei 1997. Dicapai pada 18 November 2021.