Jambatan Pulau Sekati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jambatan Pulau Sekati
جمبتن ڤولاو سكاتي
Umum
Koordinat 5°19′33.193″N 103°7′25.216″E / 5.32588694°N 103.12367111°E / 5.32588694; 103.12367111Koordinat: 5°19′33.193″N 103°7′25.216″E / 5.32588694°N 103.12367111°E / 5.32588694; 103.12367111
Membawa Kenderaan bermotor
Menyeberangi Sungai Terengganu
Lokasi Terengganu
Dinamakan sempena Nama pulau yang direntasi
Ciri-ciri
Reka bentuk Jambatan angkat
Panjang keseluruhan 1.58 km
Bilangan lorong 3
Sejarah
Arkitek Zainal & Shariff Ibrahim Sdn Bhd[1]
Pereka Kerajaan Malaysia
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Mula dibina 2012
Siap dibina 2017
Kos pembinaan RM 245 juta
Dirasmikan 31 Mei 2017
Dibuka 31 Mei 2017 (2017-05-31)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Pulau Sekati ialah sebatang jambatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Jambatan yang sepanjang hampir 1.58 kilometer ini menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dengan merentangi Sungai Terengganu. Jambatan ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Terengganu.[2][3]

Kerja pembinaan jambatan ini telah bermula sejak 2012 tetapi ditangguhkan akibat masalah pengambilalihan tanah melibatkan beberapa orang penduduk. Jambatan ini juga menggantikan sebatang jambatan kayu kecil yang hanya boleh dilalui oleh motosikal.[1][2] Pembinaan jambatan ini menelan kos sebanyak RM 245 juta.[4]

Bahagian jambatan dari Losong ke Pulau Sekati telah dibuka kepada orang awam pada 31 Mei 2017 dalam fasa pertama[5][6][7] manakala bahagian yang menghubungkan Jalan Banggol Tuan Muda dengan Jeram Tok Kong telah dibuka dalam fasa kedua pada 19 Jun 2017.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jambatan Pulau Sekati Rentasi Sungai Terengganu Dibuka Hari Ini". Bernama. 29 Mei 2017. Diarkibkan daripada original pada 29 Januari 2018. Dicapai 17 Jun 2017. 
  2. ^ a b Bernama (29 Disember 2016). "Jambatan Pulau Sekati selesai isu kesesakan". Sinar Harian Online. Dicapai 17 Jun 2017. 
  3. ^ Wan Zulkifli Wan Yaacob (8 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati dibuka Ramadan". Utusan Online. Dicapai 17 Jun 2017. 
  4. ^ Rosalinda Md.Said (29 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati laluan Losong-Pulau Sekati mula dibuka hari ini". Utusan Online. Dicapai 17 Jun 2017. 
  5. ^ Azli Adlan (31 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati mula dibuka". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2017. Dicapai 20 Jun 2017. 
  6. ^ "Penyerahan Jambatan Pulau Sekati". Unit Perancangan Ekonomi Terengganu. 29 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2017. Dicapai 20 Jun 2017. 
  7. ^ Bernama (31 Mei 2017). "Pulau Sekati bridge open to the public" [Jambatan Pulau Sekati dibuka kepada umum]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 17 Jun 2017. 
  8. ^ Helmy Abd Rahman (19 Jun 2017). "Susur keluar Gemuroh LPT2 singkatkan masa ke KT". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2017. Dicapai 21 Jun 2017.