Pergi ke kandungan

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya E28 shield
Lebuhraya E28
Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah[1]
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
Panjang23.37 km (14.52 mi)
Wujud2006–kini
SejarahPembinaan bermula November 2008; asalnya dijangka siap Mei 2012, siap secara rasmi Februari 2014[2]
Simpang utama
Hujung timurBatu Kawan
Persimpangan utama Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Jelas
P10 Jalan Batu Maung
LP 3113 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Hujung baratBatu Maung
Lokasi
Destinasi
utama
Bukit Tambun, Batu Kawan, Simpang Ampat, Juru, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Tempoyak, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Permatang Laut, George Town, Serdang, Bandar Baharu, Selama, Jelapang, Ipoh
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Jambatan Kedua Pulau Pinang
جمبتن كدوا ڤولاو ڤينڠ
Pandangan udara jambatan
Maklumat umum
Nama alternatif
  • Inggeris: Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge
  • Cina: 苏丹阿都哈林大桥
  • Tamil: பினாங்கு இரண்டாவது பாலம்
MembawaKenderaan bermotor
Disenggarakan olehJambatan Kedua Sdn Bhd
Ciri-ciri
Reka bentuk
Gaya seni binaSeni bina teknologi tinggi Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang keseluruhan (Panjang)24 kilometer (15 bt)
Lebar (Lebar)250 meter (820 ka)
Rentangan terpanjang250 m Sunting nilai ini di Wikidata
Sejarah
Pereka bentuk
Dibina oleh
Mula dibina pada1r Mac 2014 Sunting nilai ini di Wikidata
Dibuka pada2 Mac 2014[3]
Dirasmikan1 Mac 2014[3]
Maklumat lokasi
Lokasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
MenyeberangiSelat Selatan
Map
5°14′59″N 100°21′05″E / 5.249791°N 100.351353°E / 5.249791; 100.351353
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah[4] ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014.[2] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]

Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Pada 2014-2015, Larian Jambatan Pulau Pinang pun telah bertukar diadakan dekat Bayan Lepas ini.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.

Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuh raya terapung pertama di Malaysia.

Lebuhraya E28 terdiri daripada jambatan dan lebuh raya darat yang menghubungkan jambatan tersebut ke Lebuhraya Utara–Selatan Laluan Utara E1, iaitu lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia.

Permulaan lebuh raya ini terletak di persimpangannya dengan Lebuhraya Utara–Selatan Laluan Utara E1. Laluan arah barat menuju ke jambatan mempunyai sistem lorong pengumpul-ekspres, di mana lorong pengumpul mempunyai persimpangan di Exit 2801 ke Bandar Cassia dan Batu Kawan manakala lorong ekspres terus ke jambatan tanpa gangguan. Jambatan dan lebuh raya ini berakhir di Batu Maung di Pulau Pinang di persimpangan dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Perancangan

[sunting | sunting sumber]

Idea untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Seberang Perai ke Pulau Pinang telah dicadangkan pada tahun 1995 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Koh Tsu Koon. Pada Ogos 2006, Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan pelan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis pecah tanah bagi projek tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Selepas beberapa bulan kerja kajian tanah dan ujian cerucuk, CHEC dan UEM mengumumkan bahawa projek ini dijangka siap pada tahun 2011. Kerja pembinaan dijadualkan bermula pada Januari 2008.[6]

Pada April 2008, kerajaan mengumumkan bahawa projek tersebut akan ditangguhkan selama 9 bulan akibat isu pengambilan tanah, reka bentuk, dan kenaikan harga bahan binaan.[7] Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dipilih, Lim Guan Eng mencadangkan potongan tol sebagai hukuman atas kelewatan projek[8] dan menyuarakan kekecewaan terhadap kelewatan pembinaan.[9]

Pada Julai 2008, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi melaporkan bahawa pinjaman bagi jambatan itu berisiko ditarik balik sekiranya perjanjian pemegang saham antara UEM Builders Berhad dan rakan usaha sama CHEC tidak ditandatangani sebelum Ogos 2008. Dilaporkan terdapat perselisihan antara kedua-dua pihak berkenaan pembahagian kos pembinaan, namun isu tersebut dijangka dapat diselesaikan segera memandangkan UEM mempunyai variasi harga untuk bahagiannya.[10]

Pada 8 November 2008, kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang secara rasmi dimulakan.[11]

Pada 3 Oktober 2012, laporan media menunjukkan bahawa pembinaan jambatan telah mencapai 84% dan dijangka siap dua bulan lebih awal daripada tarikh akhir pada September 2013.[12]

Pada 20 April 2013, penutupan terakhir bagi bahagian jambatan kabel pada laluan navigasi utama siap sepenuhnya, menandakan pembinaan fizikal jambatan telah selesai, sekali gus menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di tanah besar.

Pembukaan

[sunting | sunting sumber]

Jambatan tersebut dijadualkan siap pada 8 November 2013 dan dirancang untuk dibuka kepada umum pada hujung November.[13] Namun, pembukaannya pada 8 November 2013 telah ditangguhkan.[14][15]

Majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diadakan pada pukul 8:30 malam Waktu Piawai Malaysia (MST) pada 1 Mac 2014.[16] Jambatan ini secara rasmi dinamakan **Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah** sempena nama Yang di-Pertuan Agong ke-14, Sultan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah.[15][17][18] Pada tengah malam 2 Mac 2014, jambatan dibuka kepada lalu lintas pada jam 12:01 pagi Waktu Piawai Malaysia.

Sekatan semasa PKP

[sunting | sunting sumber]

Semasa pandemik COVID-19, beberapa laluan susur ke lebuh raya ini telah ditutup sementara.[19] Laluan yang terlibat adalah:

  • Laluan Susur Batu Maung 4 (BMR4) – Kenderaan dari arah selatan perlu membuat pusingan-U di Batu Maung sebelum memasuki jambatan.
  • Laluan Susur Bandar Cassia 7 (BCR7) – Kenderaan dari arah selatan perlu membuat pusingan-U di Bandar Cassia sebelum menuju ke plaza tol JK2PP.
  • Plaza Tol Bandar Cassia A – Kenderaan dari arah barat perlu membayar tol di Plaza B dan sekali lagi di plaza tol JK2PP.

Keruntuhan sebahagian binaan Jambatan

[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 6.50pm tanggal 6 Jun 2013, sebahagian dari binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berada di bahagian Batu Maung telah runtuh menyembah bumi. Bahagian yang berukuran 30 meter panjang itu runtuh dan dipercayai menghempap sebuah kereta dibawah runtuhan debu.

Timbalan pengurus jabatan komunikasi dan hubungan awam Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengesahkan keruntuhan berlaku di salah satu seksyen di Pakej 3A Jambatan Kedua Pulau [20].

Seramai 4 orang dikenal pasti telah terbunuh akibat keruntuhan bahagian jambatan, 4 orang tersebut dipercayai berada dalam kereta ketika tragedi berlaku, mereka dihempap oleh batuan keatas kereta dan menyebabkan mereka mati serentak.

Menurut jurucakap polis, bahagian Peralihan Batu Maung yang menghubungkan jambatan dengan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu yang runtuh itu telah menghempap sebuah kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur.[21]

Senarai Persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Kawasan Lebuhraya Batu Kawan

[sunting | sunting sumber]
Km Nombor Persimpangan Ke Catatan
EXIT 2201 PERSIMPANGAN BATU KAWAN-PLUS Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN UTARA
UTARA
Bukit Kayu Hitam
Alor Setar
Butterworth
SELATAN
Kuala Lumpur
Ipoh
Taiping
Persimpangan Sistem Tertutup Trompet
Plaza tol Batu Kawan-NSE

Plaza tol Batu Kawan-NSE Sempadan barat
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN ARAH UTARA JAJARAN UTARA
Sempadan terhad Lebuhraya PLUS

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Kawasan jambatan

[sunting | sunting sumber]
Km Berhenti Persimpangan Ke Catatan
EXIT 2202 PERSIMPANGAN BATU KAWAN P-- Batu Kawan
Kompleks Sukan Batu Kawan
Persimpangan
Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang
(Memasuki jambatan sahaja)

Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang Memasuki jambatan sahaja
Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan Sempadan timur
Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan Sempadan barat
Jambatan Kedua Pulau Pinang
24 kilometer
Mula/Tamat jambatan
Jambatan Kedua Pulau Pinang
V Kawasan Rawat dan Rehat dan Platform Pemandangan
V
Platform Pemandangan
Kawasan Rawat dan Rehat
Bulatan-U
Gerbang tengah
Sempadan masing-masing
Jambatan Kedua Pulau Pinang
24 kilometer
Mula/Tamat jambatan
EXIT 2203 PERSIMPANGAN TELUK TEMPOYAK P10 Batu Maung
P--- Teluk Tempoyak
Dinaikkan tanjakan On/Off persimpangan
Dari/Ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sahaja
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah LEBUHRAYA BATU MAUNG

EXIT 2204 PERSIMPANGAN BATU MAUNG Lebuhraya Senai–Desaru PERSIMPANGAN BATU MAUNG
UTARA
LP 1331 George Town
P10 Batu Maung
SELATAN
P10 Bayan Lepas
LP 6 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan

Kawasan Lebuhraya Batu Maung

[sunting | sunting sumber]
Km Berhenti Persimpangan Ke Catatan
UTARA
LP 1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS
George Town
LP 1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS
Sempadan terhad JKR

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
(LEBUHRAYA BATU MAUNG)

EXIT 2205 PERSIMPANGAN BAYAN LEPAS P10 Batu Maung
Akuarium Pulau Pinang
Dinaikkan persimpangan
EXIT 2204 PERSIMPANGAN BATU MAUNG TIMUR
Lebuhraya Senai–Desaru JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
Batu Kawan
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 JAJARAN UTARA LEBUHRAYA UTARA-SELATAN
Ipoh
Kuala Lumpur
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan
EXIT 2206 PERSIMPANGAN PERMATANG LAUT P10 Batu Maung
P10 Permatang Laut
P10 Teluk Tempoyak
Persimpangan
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
(LEBUHRAYA BATU MAUNG)
Mula/Tamat lebuh raya

P10 JALAN BATU MAUNG
Sempadan terhad JKR

BARAT DAYA
P10 JALAN BATU MAUNG
Bayan Lepas
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Jambatan dan jalan penghubung ke Lebuhraya Utara–Selatan diselenggara oleh syarikat konsesi swasta, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB). Struktur tol untuk jambatan ini adalah serupa dengan skim tol Jambatan Pulau Pinang, di mana bayaran hanya dikenakan untuk perjalanan dari tanah besar ke Pulau Pinang, manakala tiada bayaran dikenakan bagi perjalanan dari pulau ke tanah besar. Sebaliknya, tol untuk jalan penghubung antara jambatan dan Lebuhraya Utara–Selatan dikutip untuk kedua-dua arah.

Terdapat tempoh percubaan bebas tol sepanjang bulan pembukaan dari 2 Mac hingga 31 Mac 2014. Kutipan tol bermula pada 1 April 2014 pada jam 6 pagi.[22] Terdapat dua plaza tol di laluan ini: Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol PLUS Bandar Cassia) dan Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol JK2PP).

Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol PLUS Bandar Cassia)

[sunting | sunting sumber]

Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Plaza Tol PLUS Bandar Cassia, juga dikenali sebagai Plaza Tol Gerbang kerana reka bentuk gerbangnya, merupakan plaza tol utama bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Siap dibina pada Februari 2014, ia merupakan plaza tol terbesar di Malaysia, mengatasi Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya Utara–Selatan Laluan Selatan E2.[23] Plaza ini juga merupakan struktur gerbang keluli bukan kenderaan terpanjang di Malaysia. Ia juga merupakan yang pertama di Malaysia menerima penarafan Platinum dalam Indeks Bangunan Hijau.[24]

Terletak di antara persimpangan Lebuhraya Utara–Selatan (Keluar 157) dan persimpangan Bandar Cassia (Keluar 2801), plaza tol ini dikendalikan oleh PLUS Expressways, syarikat konsesi lebuh raya tersebut.

Di arah barat ke jambatan, plaza ini memulakan sistem lorong kutipan dan ekspres yang dibahagikan kepada dua seksyen: Plaza A untuk laluan ekspres ke jambatan dan Plaza B untuk lorong kutipan ke persimpangan Bandar Cassia.[25] Di Plaza A, tiga tol dikutip: tol sistem tertutup PLUS untuk Lebuhraya Utara–Selatan, tol jalan penghubung, dan tol jambatan; dua yang terakhir dikutip bagi pihak JKSB. Di Plaza B, hanya dua tol pertama dikutip kerana ia ditujukan kepada pengguna yang menuju ke Bandar Cassia dan Batu Kawan tanpa menggunakan jambatan.

Di arah timur ke Lebuhraya Utara–Selatan, plaza tol ini menjadi pintu masuk ke sistem kutipan tol tertutup PLUS. Tol bagi jalan penghubung dikutip bersama dengan tol tertutup PLUS apabila pengguna keluar dari sistem tertutup itu.

Bermula 26 April 2017, hanya kad Touch 'n Go dan SmartTAG diterima sebagai pembayaran. Tiket transit PLUS tidak lagi dikeluarkan bagi kemasukan dari Plaza Tol Bandar Cassia.

Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol JK2PP)

[sunting | sunting sumber]
Plaza tol JK2PP

Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Plaza Tol JK2PP terletak pada lorong kutipan selepas persimpangan Bandar Cassia (Keluar 2801), sebelum menyatu semula dengan laluan ekspres ke jambatan. Plaza tol ini dikendalikan oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

Tol jambatan dikutip dari pengguna yang menuju ke jambatan dari persimpangan Bandar Cassia, serta mereka yang menggunakan Plaza B di Plaza Tol PLUS Bandar Cassia dan meneruskan ke jambatan melalui lorong kutipan. Pengguna yang melalui laluan ekspres tidak perlu melalui Plaza Tol JK2PP kerana mereka telah membayar tol jambatan di Plaza A.

Penunggang motosikal dahulunya dikenakan tol sebanyak RM1.70 di plaza ini. Namun, sejak 1 Januari 2019, kutipan tol bagi motosikal dimansuhkan untuk kedua-dua jambatan di Pulau Pinang.[26][27][28] Sehingga kini, bumbung plaza tol untuk motosikal masih kekal.

Sejak 1 Jun 2016, semua transaksi tol elektronik dilakukan menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG. Lorong SmartTAG dan MyRFID hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan. Pembayaran secara tunai tidak lagi diterima.

Kadar Tol

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan oleh kos pembinaan yang tinggi dan hasil kutipan yang lebih rendah daripada jangkaan, diskaun tol sebanyak 20% yang ditawarkan kepada warga Pulau Pinang, pekerja dan pelajar tidak diberikan untuk jambatan kedua.[29]

(Sejak 1 Februari 2020)[30][31]

Kelas Jenis kenderaan Kadar
(dalam Ringgit Malaysia (RM))
Bandar Cassia JK2PP
0 Motosikal
(Kenderaan dengan dua gandar dan dua roda)
Percuma
1 Kereta Persendirian
(Kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas))
0.60 5.74
2 Van dan kenderaan barangan kecil lain
(Kenderaan dengan dua gandar dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas))
0.90 30.50
3 Lori Besar
(Kenderaan dengan tiga atau lebih gandar (tidak termasuk bas))
1.20 70.10
4 Teksi 0.30 8.50
5 Bas 0.50 26.20

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

JKSB Ronda

[sunting | sunting sumber]

JKSB Ronda ialah unit peronda lebuh raya yang meronda sepanjang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan jalan darat penghubung, serta memberi bantuan kepada pengguna. Kenderaan peronda semasa ialah Toyota Hilux buatan Jepun dan Mitsubishi i-MiEV, iaitu kereta elektrik empat tempat duduk yang mampu bergerak sejauh 150 km selepas dicas sepenuhnya selama lapan jam. Tujuh stesen pengecasan turut disediakan di plaza tol di tanah besar, dua daripadanya ialah pengecas pantas yang mampu memberi 80 peratus cas dalam masa 30 minit.[32]

Inventori

[sunting | sunting sumber]
Kenderaan Asal Jenis Dalam perkhidmatan Catatan
Mitsubishi i-MiEV  Jepun Kenderaan peronda lebuh raya 2014–kini Kenderaan peronda elektrik pertama di Malaysia.
Toyota Hilux  Jepun Kenderaan peronda lebuh raya dan trak tunda 2014–kini

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)

[sunting | sunting sumber]

Dua kawasan rehat dan rawat (R&R) akan dibina di Batu Kawan di tanah besar. Kedua-duanya dijangka siap dalam tempoh enam bulan. Terdapat cadangan asal untuk membina kawasan R&R terapung di tengah jambatan, namun rancangan itu dibatalkan kerana kos yang terlalu tinggi.Templat:Update inline

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ KOSMO! (01 Mac 2014). "Jambatan Kedua Pulau Pinang rasmi dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 Mac 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c "Second Penang Bridge set to open in February 2014". The Star. 12 Disember 2013.
  3. ^ a b c d Bernama (1 Mac 2014). "PM rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  4. ^ "BM (brochure) - Jambatan Kedua Sdn Bhd" (PDF). Jambatan Kedua Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-06. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  5. ^ Malaysia secures 800 mln usd loan from China for second Penang bridge - report - Forbes.com Internet Archive: Wayback Machine
  6. ^ Kerja pembinaan jambatan kedua bermula
  7. ^ "Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ditangguh". New Straits Times.
  8. ^ CHRISTINA CHIN dan TAN SIN CHOW. "Potongan sebagai 'hukuman' atas kelewatan Jambatan Kedua". The Star.
  9. ^ ANDREA FILMER. "Ketua Menteri kecewa dengan kelewatan jambatan". The Star.
  10. ^ Pauline Puah (9 Julai 2008). "Pinjaman Jambatan Kedua berisiko ditarik balik". The Edge. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2008. Dicapai pada 11 Ogos 2008.
  11. ^ "Hari permulaan untuk Jambatan Kedua".
  12. ^ "Jambatan Kedua Pulau Pinang siap 84%".
  13. ^ "Semuanya teruja dengan jambatan baru Pulau Pinang".
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama auto1
  15. ^ a b "Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka Februari 2014".
  16. ^ "PM rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang".
  17. ^ "Jambatan kedua Pulau Pinang dinamakan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah".
  18. ^ "Jambatan kedua Pulau Pinang dibuka dengan sambutan meriah".
  19. ^ "PKP: Beberapa laluan ke JSAHMS kekal ditutup". bernama.com. 14 April 2020.
  20. ^ http://my.news.yahoo.com/section-of-second-penang-bridge-collapses-124344704.html
  21. ^ http://my.news.yahoo.com/four-believed-dead-in-second-penang-bridge-collapse-153427748.html
  22. ^ "RM8.50 toll for Second Penang Bridge starting April 1". Malay Mail. Petaling Jaya, Malaysia. 31 March 2014. Dicapai pada 21 February 2018.
  23. ^ Second Penang bridge expected to open in February
  24. ^ The Malaysian Book of Records, laman rasmi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  25. ^ "80km speed limit for cars". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. 27 February 2014. Dicapai pada 22 February 2018.
  26. ^ "Motorcyclists rejoice as they don't have to pay toll now". thestar.com.my. 3 November 2018.
  27. ^ "No more bridge tolls for motorcyclists in Penang". Malay Mail. Petaling Jaya, Malaysia. 1 January 2019. Dicapai pada 1 May 2022.
  28. ^ Basyir, Mohamed (January 2019). "Toll charges gone at Penang bridges, but some motorcyclists still taking ferries". nst.com.my.
  29. ^ "No discount for Second Penang Bridge toll due to revenue shortfall". The Star (dalam bahasa Inggeris). 4 December 2024. Dicapai pada 21 March 2025.
  30. ^ "OPEN SYSTEM TOLL FARES".
  31. ^ "VEHICLES CLASSIFICATION".
  32. ^ "Electric vehicles to patrol new bridge - General - New Straits Times".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]