Jambu air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambu air
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. aqueum
Nama binomial
Syzygium aqueum
(Burm.f.) Alston, 1929
Sinonim[1]
Senarai
    • Eugenia aquea Burm.f.
    • Jambosa aquea (Burm.f.) DC.
    • Malidra aquea (Burm.f.) Raf.
    • Cerocarpus aqueus (Burm.f.) Hassk.
    • Eugenia nodiflora Aubl.
    • Eugenia javanica Lam.
    • Myrtus javanica (Lam.) Blume
    • Eugenia obversa Miq.
    • Jambosa madagascariensis Blume
    • Jambosa calophylla Miq.
    • Eugenia callophylla (Miq.) Reinw. ex de Vriese
    • Jambosa subsessilis Miq.
    • Jambosa javanica (Lam.) K.Schum. & Lauterb.
    • Syzygium obversum (Miq.) Masam.

Jambu air, jambu cili atau nama saintifiknya Syzygium aqueum merupakan tumbuhan dalam famili Myrtaceae bertaburan asal di kawasan ekologi tropika Malesia merangkumi kepulauan Nusantara dan Filipina serta pulau Papua dan Queensland di utara Australia.[1]

Buah ini sering dikelirukan dengan jambu madu kerana rupa kedua-dua buah ini yang hampir sama.

Pokok jambu air.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama-nama setempat yang diberikan untuk buah ini serata kepulauan Nusantara termasuk:[2]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok jambu air umumnya malar hijau berupa perdu mencapai ketinggian antara 3 hingga 10 meter, batang-batang pokok bengkak-bengkok dan bercabang dari pangkal pohon, kadang-kadang gemangnya mencapai 50 cm. Daun tunggal terletak berhadapan, bertangkai 0.5-1.5 cm. Helaian daun berbentuk bujur lonjong dengan panjang antara 7 hingga 25 sm dan 2.5 hingga 16 sm lebar.

Bunga-bunga jambu menjambak di hujung ranting (terminal) atau muncul di ketiak daun yang telah gugur (aksial), setiap jambak mempunyai 3-7 kuntum bunga kuning keputihan. Buah yang dihasilkan berupa beri dengan pangkal kecil dan hujung sangat melebar hampir mirip gasing; kulit buahnya licin dan berwarna merah apabila masak. Buah ini apabila digigit terasa segah rangup dengan tekstur mirip tembikai; isinya putih dan ranum berair dengan rasa masam manis. Biji benihnya kecil 1 hingga 2 sampai sebanyak 6 butir didapati dalam sebiji buah.[3][4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Jambu air boleh dimakan segar begitu sahaja atau dengan cicahan. Ia juga boleh dihidangkan secara rojak mahupun dimasinkan.[3]

Daun pokok jambu ini khusus digunakan masyarakat Kabupaten Kuningan di Jawa Barat sebagai pembalut khas untuk tapai ketan keistimewaan daerah tersebut.

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Kayunya yang keras dan berwarna kemerahan cukup baik sebagai bahan bangunan; ia juga baik digunakan sebagai kayu bakar.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Syzygium aqueum". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  2. ^ Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 3. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 1509-1510.
  3. ^ a b Verheij, E.W.M. dan R.E. Coronel (eds.). 1997. Sumber Daya Nabati Asia Tenggara 2: Buah-buahan yang dapat dimakan. PROSEA – Gramedia. Jakarta. ISBN 979-511-672-2. Hal. 376-380.
  4. ^ Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 328.
  5. ^ Simamora, Purnama Sarlina (18 September 2008). "Inventarisasi Lalat Buah (Bactrocera spp) pada Tanaman Jambu Air (Eugenia aquea) di Kecamatan Pancur Batu" (dalam bahasa Inggeris). Universitas Medan Area. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]