Jambu bol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jambu bol
Jambosa domestica.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. malaccense
Nama binomial
Syzygium malaccense
Sinonim[1]
  • Caryophyllus malaccensis (L.) Stokes
  • Eugenia malaccensis L.

Jambu bol, jambu merah,[2] jambu tersana atau jambu kepal adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae bertaburan asal di kawasan ekologi Malesia dan Australia[3] Jambu ini ditanam luas sejak lama di Semenanjung Tanah Melayu serta pulau-pulau Sumatera dan Jawa; buah ini turut diperkenalkan orang-orang Austronesia serata rantau Pasifik.[4][5][6] Ia juga ditanam di kawasan tropika lain seperti sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Botani[sunting | sunting sumber]

Batangnya berukuran sedang mencecah 15 meter.[7] Daun-daunnya berbentuk bujur ringkas tersusun bertentangan 15 - 38 sm panjang dan 7 - 30 sm lebar sehelai, daun-daun ini merah masa muda bertukar warna menjadi hijau semasa matang.[2]

Bunga menjambak pada ranting dan dahan tidak berdaun sebanyak 1 hingga 12 kuntum berwarna merah dengan banyak stamen.[2] Buahnya jenis beri berwarna merah atau merah tua, kuning keunguan atau keputihan apabila masak; setiap biji buah mempunyai sebiji benih.[7][8][9]

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman. Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan serta tanah yang berat.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit. Putik berwarna hijau tetapi setelah masak berwarna merah. Buah ini sedap sama ada dicecah kicap bergula, garam atau sambal belacan. Ia juga boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus buah, jem dan jeli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Syzygium malaccense", Germplasm Resources Information Network, Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dicapai pada 2009-11-20 Invalid |mode=CS1 (bantuan)
  2. ^ a b c Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 18, 56–58. ISBN 967-61-1560-6.
  3. ^ F.A. Zich; B.P.M Hyland; T. Whiffen; R.A. Kerrigan (2020). "Syzygium malaccense". Australian Tropical Rainforest Plants, Edition 8. Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO). Dicapai pada 5 March 2021.
  4. ^ Dotte-Sarout, Emilie (2016). "Evidence of forest management and arboriculture from wood charcoal data: an anthracological case study from two New Caledonia Kanak pre-colonial sites". Vegetation History and Archaeobotany. 26 (2): 195–211. doi:10.1007/s00334-016-0580-0. S2CID 132637794.
  5. ^ Whistler, W. Arthur; Elevitch, Craig R. (2006). "Syzygium malaccense (Malay apple) (beach hibiscus)". Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Traditional Trees of Pacific Islands: Their Culture, Environment, and Use (PDF). Permanent Agricultural Resources (PAR). m/s. 41–56. ISBN 9780970254450.
  6. ^ Blench, Roger (2004). "Fruits and arboriculture in the Indo-Pacific region". Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association. 24 (The Taipei Papers (Volume 2)): 31–50.
  7. ^ a b Sastrapradja, Setijati; Soetisna, Usep; Panggabean, Gilmour; Mogea, Johanis Palar; Sukardjo, Sukristijono; Sunarto, Aloysius (1980). Buah-buahan. 8:44 – 45. Jakarta:LBN - LIPI bekerjasama dengan Balai Pustaka.
  8. ^ Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 327.
  9. ^ Verheij, E.W.M. dan R.E. Coronel (eds.). 1997. Sumber Daya Nabati Asia Tenggara 2: Buah-buahan yang dapat dimakan. PROSEA – Gramedia. Jakarta. ISBN 979-511-672-2. Hal. 376-380.