James Clark Ross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sir James Clark Ross FRS (15 April 1800   - 3 April 1862) adalah seorang peneroka. Beliau pernah berkhidmat di bawah Tentera Laut Diraja British menjalani beberapa penerokaannya yang hebat dan masyhur di Artik dengan Sir William Parry dan Sir John Ross; khususnya, ekspedisinya sendiri ke Antartika (1839-1843).

Penerokaan di kawasan Artik[sunting | sunting sumber]

James mengikuti ayahnya memasuki Tentera Laut Diraja pada tahun 1812, menemani beliau pada pelayaran Arktik pertama Sir John untuk mencari suatu laluan barat laut di utara benua Amerika Utara pada 1818. Antara 1819 dan 1827, Ross mengambil bahagian dalam empat ekspedisi Artik di bawah Sir William Parry, dan pada tahun 1829 hingga 1833, sekali lagi berkhidmat di bawah pamannya pada pelayaran Arktik kedua Sir John. Semasa perjalanan ini, sebuah pasukan kecil diketuai oleh James Ross (termasuk Thomas Abernethy) melakukan percubaan mengesan kedudukan Kutub Magnet Utara pada 1 Jun 1831 dari titik mula mereka Semenanjung Boothia di utara Kanada.

Dalam perjalanan ini juga, Ross mencatat penemuan "Kepulauan Beaufort" yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Kepulauan Clarence oleh bapa saudaranya.[1][2]

Penjelajahan ke Antartika[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tempoh penerokaan ini beliau menjumpai banyak kawasan unik yang muncul seperti Tanah Victoria serta gunung-gunung berapi Erebus dan Terror. Ada beberapa bentuk muka dan kawasan bumi yang telah dinamakan memperingati penerokaan beliau serata benua ini iaitu Laut Ross, Pentas Ais Ross dan Pulau James Ross.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]