James H. Fallon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
James H. Fallon
Kelahiran (1947-10-18) 18 Oktober 1947 (umur 76)
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanNeurosaintis, Professor di University of California, Irvine School of Medicine

James H. "Jim" Fallon (lahir 18 Oktober 1947) ialah seorang ahli neurosains Amerika . Beliau ialah profesor dalam bidang psikiatri dan tingkah laku manusia. Beliau juga memangku gelaran profesor emeritus dalam anatomi dan neurobiologi dari Universiti California, Sekolah Perubatan Irvine . Minat penyelidikannya termasuk sel stem dewasa, neuroanatomi dan litar kimia, fungsi otak yang lebih tinggi, dan pengimejan otak .

Fallon, yang menyatakan bahawa dia mempunyai sifat neurologi dan genetik yang dikorelasi dengan sifat psikopati, [1] telah mengkategorikan dirinya sebagai "psikopat pro-sosial". Pada Oktober tahun 2013, beliau menulis buku The Psychopath Inside: A Neuroscientist's Personal Journey into the Dark Side of the Brain, yang telah dikeluarkan oleh syarikat penerbitan Current (kini diperolehi oleh Penguin).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

James Fallon dilahirkan di dalam keluarga berketurunan Itali Amerika . Dia juga mempunyai darah keturunan Inggeris dan Ireland melalui moyangnya yang merupakan peneroka kolonial New York bernama Thomas Cornell. Thomas Cornell ini terkenal di dalam sejarah kerana telah disabitkan kesalahan membunuh ibunya dan digantung pada tahun 1667. Fallon menyebut banyak pembunuhan yang telah berlaku dalam salasilah keluarga Cornell yang dia berkongsi dengan Lizzie Borden (yang juga merupakan seorang pembunuh yang terkenal pada masa dahulu) dan membincangkan genetiknya dan keluarganya dalam siaran Radio Awam Kebangsaan . [2]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Fallon menerima pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang biologi dan kimia dari Kolej Saint Michael di Vermont [3]. Beliau kemudian menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang psikologi dan psikofizik dari Institut Politeknik Rensselaer di New York. Beliau menjalankan penyelidikan Ph.D. beliau dalam bidang neuroanatomi dan neurofisiologi di Kolej Perubatan Universiti Illinois, dan latihan pasca doktoralnya dalam bidang neuroanatomi kimia di UC San Diego . Beliau merupakan seorang Profesor dalam bidang Anatomi dan Neurobiologi di UC Irvine, di mana beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi fakulti Universiti dan Pengerusi dan Presiden fakulti Sekolah Perubatan. [4]

Fallon ialah penerima anugerah Cendekiawan Sloan, Felo Kanan Fulbright, Penerima Anugerah Kerjaya daripada Institut Kesihatan Nasional, dan penerima pelbagai ijazah dan pelbagai anugerah kehormat. Beliau pernah menduduki kerusi lembaga pengurusan untuk beberapa syarikat korporat dan organisasi badan pemikir kebangsaan untuk bidang sains, bioteknologi, seni, dan ketenteraan Amerika Syarikat. 

Fallon merupakan Pakar rujukan untuk bidang "kognisi dan perang" kepada Pentagon. [4]

Fallon telah membuat sumbangan saintifik yang signifikan dalam beberapa subjek neurosains, termasuk penemuan alfa TGF dan faktor pertumbuhan epidermis . Beliau merupakan orang yang pertama menunjukkan rangsangan besar-besaran sel stem dewasa dalam otak yang cedera menggunakan faktor pertumbuhan (sejenis substrat biologikal, dikenali sebagai growth factors dalam bahasa Inggeris). Beliau juga telah membuat sumbangan penyelidikan dalam bidang skizofrenia, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, dan peranan permusuhan dan jantina dalam ketagihan nikotin dan kokain . Beliau telah dirujuk melalui penyelidikannya dalam biologi asas dopamin, norepinephrine, peptida opioid dalam otak, sambungan korteks, sistem limbik, dan ganglia basal pada haiwan dan manusia. Beliau telah menerbitkan penyelidikan dalam pengimejan otak manusia menggunakan tomografi pelepasan positron, pengimejan resonans magnetik, teknik trakografi pengimejan tensor resapan, dan menerajui sebuah bidang baru iaitu genetik pengimejan. [5]

Kerja lain[sunting | sunting sumber]

Selain penyelidikan neurosainsnya, James Fallon juga telah memberi syarahan dan menulis mengenai pelbagai topik termasuk seni dan otak, seni bina dan otak, undang-undang dan otak, kesedaran, kreativiti, otak seorang pembunuh psikopat, dan Perang Vietnam. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk Virga Tears: The True Story of a Soldier's Sojourn Back to Vietnam, yang diterbitkan oleh Dickens Press pada tahun 2001. [6]

Fallon juga telah muncul dalam pelbagai rancangan dokumentari, radio, dan rancangan TV. Dari tahun 2007 sehingga 2009, beliau muncul dalam siri rancangan terbitan History Channel mengenai sains dan teknologi ( Star Wars Tech, Spider-Man Tech ) dan juga pelbagai rancangan lain yang diterbitkan oleh stesen televisyen yang lain seperti CNN, PBS, BBC dan ABC untuk kerjanya mengenai penyelidikan sel stem, faktor pertumbuhan, psikopatologi, kejuruteraan tisu, prostesis pintar, skizofrenia, dan tingkah laku dan penyakit manusia dan haiwan .[perlu rujukan]

Pada 18 November tahun 2009, Fallon telah muncul sebagai dirinya sendiri dalam siri drama jenayah terbitan CBS yang bertajuk Criminal Minds, yang meneroka teorinya tentang keganasan trans-generasi di lokasi dunia yang sedang mengalami perang keganasan, peperangan dan keganasan yang berterusan.[perlu rujukan]

Kedua-dua Fallon dan keluarganya telah melalui pengimejan otak berfungsi dan analisis genetik untuk mengenal pasti kehadiran potensi otak yang berkaitan dengan keganasan dan corak genetik. [7]

Fallon telah diwawancara di dalam rancangan BBC yang bertajuk Are You Good or Evil?, di mana beliau mendedahkan penemuan penyelidikannya yang bahawa dia sendiri mempunyai kaitan neurologi dan genetik untuk sifat psikopati. Fallon menyatakan bahawa walaupun dia telah menunjukkan tingkah laku yang tidak berperasaan dalam hidupnya, terutamanya semasa zaman mudanya, dia percaya bahawa pengalaman positifnya pada zaman kanak-kanaknya telah menafikan sebarang potensi kelemahan genetik terhadap keganasan dan isu emosi. [1]

Fallon menyokong fahaman politik yang bersifat libertariandan dari segi anutan agamanya, beliau merupakan seorang yang agnostik . [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Are You Good or Evil?. 7 September, 2011". Dicapai pada 2011-09-21.
  2. ^ "A Neuroscientist Uncovers A Dark Secret". NPR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 May 2020.
  3. ^ "Alumni and Friends:Academic Hall of Fame". Saint Michael's College. Dicapai pada 2013-06-06.
  4. ^ a b "James Fallon – Department of Anatomy & Neurobiology | Neuroscience at UC Irvine" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-20.
  5. ^ "Schizophrenia Daily News Blog: Imaging Genetics for Schizophrenia". Schizophrenia.com. 2005-08-10. Dicapai pada 2009-11-03.
  6. ^ "Customer Reviews: Virga Tears: The True Story of a Soldier's Sojourn Back to Vietnam". Amazon. Dicapai pada 2009-11-03.
  7. ^ Naik, Gautam (2009-11-30). "What's on Jim Fallon's Mind? A Family Secret That Has Been Murder to Figure Out - Nature Plays a Prank on a Scientist Looking for Traits of a Killer in His Clan". The Wall Street Journal. Dicapai pada 2023-02-17.
  8. ^ "A Scientist's Journey Through Psychopathy". Google Zeitgeist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-19. Dicapai pada 2020-05-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]