Pergi ke kandungan

James Peace

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
James Peace di kediamannya di Wiesbaden

Kenneth James Peace dilahirkan di Paisley pada 28 September, 1963. Beliau merupakan seorang penggubah muzik asal Scotland, yang juga pemain piano konsert dan seniman visual.

James Peace dilahirkan di Paisley, Scotland, pada 28 September, 1963.[1][2][3] Zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan di Helensburgh, sebuah pusat peranginan tepi laut di barat Scotland. Keluarganya terdiri daripada ramai seniman (contoh: John McGhie), dan beliau juga mempunyai pertalian dengan Felix Burns, seorang penggubah muzik tarian popular pada separuh pertama Abad ke-20.[1][4] Beliau mula menjalani pengajian piano ketika usianya lapan tahun, dan pada usia seawal empat belas tahun telah membuat penampilan awam sulungnya dengan mempersembahkan karya muzik Scott Joplin.[3] Pada usia enam belas tahun, beliau diterima masuk ke Royal Scottish Academy of Music and Drama (kini dikenali sebagai Royal Conservatoire of Scotland) sebagai pelajar sepenuh masa termuda dalam sejarah institusi tersebut.[1][2][4][5] Pada tahun 1983, beliau menamatkan pengajian di Glasgow University dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (B.A.) dalam pengajaran piano.[4][5] Pada tahun berikutnya, beliau memperoleh diploma persembahan muzik selepas mempersembahkan Piano Concerto No. 1 karya Mendelssohn, bersama orkestra RSAMD.[1][6] Selepas menamatkan pengajian formal, beliau mula dikenali sebagai pemain piano yang mendapat permintaan tinggi, dan menetap di Edinburgh dari tahun 1988 hingga 1991.[1][2]

Tango Milonga op. 26
Tango XVIII by James Peace (James Peace, piano)


Seterusnya James Peace menetap di Bad Nauheim, Jerman dari tahun 1991 hingga 2009.[7][8][9] Beliau mendalami muzik tango sejak 1998, dan menghasilkan cakera padat berjudul Tango escocés (Muzik Tango Scotland) yang memuatkan gubahan muzik pianonya yang berinspirasikan tango.[10][11][12] Berikutan kejayaan tersebut, beliau telah diiktiraf sebagai ahli kehormat Victoria College of Music pada tahun 2002.[4][9][10][11][12] Pada bulan September/Oktober tahun yang sama, beliau menganjurkan jelajah konsert solo di utara Jerman. Pada bulan November, beliau meneruskan jelajahnya ke Asia Timur, mempersembahkan karya Tango XVII di Hong Kong buat julung-julung kalinya.[9][10][11][12][13][14][15]

James Peace - Idylls Op.4b

Pada tahun-tahun berikutnya, persembahannya lebih tertumpu di Eropah. Beliau telah mempersembahkan karya tango ciptaannya di ibu kota berikut: Amsterdam, Athens,[16] Berlin,[17] Brussel, Helsinki,[18] Lisboa,[3][19] London, Madrid,[3][20] Oslo,[21] Reykjavík[22] dan Vienna.[23]

Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai ahli kehormat London College of Music bagi mengiktiraf sumbangannya terhadap muzik tango.[24][25][26]

Selepas satu tempoh yang singkat di Edinburgh, beliau kembali ke Jerman pada Februari 2010 dan menetap di Wiesbaden.[1][2] Kepulangannya itu telah mencetuskan dorongan kreatif baharu, dan beliau mula menghasilkan filem pendek yang menampilkan beberapa gubahan muziknya. Antara karya beliau dalam genre ini ialah filem dokumentari berjudul James Peace in Wiesbaden.[24][25][26]

Hadiah dan Anugerah

[sunting | sunting sumber]
  • Hadiah Pertama, Sayembara Dunbartonshire EIS. Glasgow, 1984[5]
  • Hadiah Pertama, Sayembara Sibelius Essay. Glasgow, 1985[5]
  • Pingat Peringatan, International Piano Duo Association. Tokyo, 2002[27]

Karya Muzik Utama

[sunting | sunting sumber]
  • The Waterfall (Air Terjun)[28]
  • Morning Serenade (Senandung Pagi)
  • Silent Tears (Tangisan Sepi)
  • Forgotten Leaves (Daun-daun Terpinggir)
  • Sonata untuk Obo
  • Ballade
  • Ceremonial March no.1 (Perarakan Istiadat No. 1)
  • Ceremonial March no.2 (Perarakan Istiadat No. 2)
  • Autumn Gold (Emas Musim Luruh)[29]
  • Eternal Song (Nyanyian Abadi)[1]
  • "Untuk Georgia" (Bahasa Georgia: საქართველოსთვის)

(Lirik oleh: Tamari Chikvaidze, Zurabi Chikvaidze dan James Peace)

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Birgitta Lamparth. ꞌꞌKeine ꞌstacheligenꞌ Klängeꞌꞌ. Wiesbadener Tagblatt (surat khabar Jerman), 10 Februari, 2011
  2. 1 2 3 4 5 6 7 Julia Anderton. ꞌꞌTango wie eine süß-saure Geschichteꞌꞌ. Wiesbadener Kurier (surat khabar Jerman),  24 Mac, 2012
  3. 1 2 3 4 Soledad Carrizo-Araya. ꞌꞌUna entrevista al compositor James Peace”. Hoja de Ruta Digital. Tháng 12 năm 1992
  4. 1 2 3 4 Sabine Klein. ꞌꞌMeine Musik ist wie ich - sehr romantischꞌꞌ. Frankfurter Rundschau (surat khabar Jerman), 1992, no. 254, halaman 2
  5. 1 2 3 4 5 G. Müller. ꞌꞌDie Seele des Klaviers tanzt Tangoꞌꞌ. Kulturspiegel Wetterau (majalah Jerman) 17 Mac, 2001, halaman 5
  6. 1 2 3 Deutsche Nationalbibliothek. "James Peace"
  7. ↑ "James Peace". FRIZZ (majalah Jerman). Januari, 2001, halaman 5
  8. ↑ Manfred Merz. ꞌꞌVirtuose, gefühlsbetonte Welt der Romantikꞌꞌ, Wetterauer Zeitung (surat khabar Jerman), 12 Disember, 1992, halaman 19
  9. 1 2 3 "James Peace". The Tango Times (majalah New York), Edisi 2002/2003 (39). Halaman 1 - 5
  10. 1 2 3 4 National Library of Scotland. ꞌꞌTango escocésꞌꞌ
  11. 1 2 3 4 Philharmonie de Paris. ꞌꞌTango escocésꞌꞌ
  12. 1 2 3 4 de bibliotheek. ꞌꞌTango escocésꞌꞌ
  13. ↑ "James Peace". La Cadena (majalah Belanda), September, 2002, halaman 26
  14. ↑ TangoTang (Hong Kong). Buletin, 8 Oktober, 2002
  15. ↑ ꞌꞌJames Peaceꞌꞌ. 南華早報 (surat khabar Hong Kong). 9 Oktober, 2002
  16. ↑ Risalah Program Konsert, Athens {Για σένα Αγγελική}. 27 April, 2016
  17. ↑ Tangodanza (majalah Jerman). Edisi 1/2002 - 9
  18. ↑ Poster konsert (jelajah konsert Finland, 2014)
  19. ↑ Poster konsert (jelajah konsert Portugal, 2016)
  20. ↑ Poster konsert (jelajah konsert Sepanyol, ¡Feliz Cincuenta Cumpleaños - 2013!)
  21. ↑ Listen.no. James Peace (flygel). Munch Museet, Oslo, 16 Oktober, 2004
  22. ↑ Ríkarður Ö. Pálsson. “Skozkir Slaghörputangoár”. Morgunblaðið (surat khabar Iceland). 14 Oktober, 2004
  23. ↑ Risalah Program Konsert (Vienna). 23 Januari, 2005
  24. 1 2 3 National Library of Scotland. ꞌꞌJames Peaceꞌꞌ
  25. 1 2 3 Deutsche Nationalbibliothek. ꞌꞌJames Peaceꞌꞌ
  26. 1 2 3 Whittaker Live. ꞌꞌWiesbadener Highlander K. James Peace - New DVDꞌꞌ
  27. 1 2 International Piano Duo Association (東京). Senarai pemenang hadiah, 2002
  28. ↑ Hessisches Staatstheater. Risalah Program Konsert 12/19 September, 2021
  29. ↑ ꞌꞌVioline schwebt über das Orchesterꞌꞌ. Schwäbische Post (surat khabar Jerman). 4 Jun, 1994
  30. ↑ British Viola Society Newsletter, Ogos 2023
  31. ↑ Hoja de Ruta Digital, México. ꞌꞌUna corta historia del tangoꞌꞌ. 22 Mei, 2024

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]