Pergi ke kandungan

Jamil Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamil Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Dengkil
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehAdhif Syan Abdullah
(PHBERSATU)
Majoriti407 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Jamil bin Salleh

1959 (umur 65–66)
Malaysia Persekutuan Tanah Melayu
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
PasanganAsmah Samat
Anak4
KediamanSelangorMalaysia Dengkil, Selangor, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam antropologi dan sosiologi)
Institut Tadbiran Awam Negara (Diploma dalam pentadbiran awam)
Institut Teknologi Asia
Institut Diraja Pentadbiran Awam
United Kingdom Antarabangsa
Madinah Institute for Leadership and Entrepreneurship
Madinah, Arab Saudi
Sekolah Perniagaan Saïd, Universiti Oxford
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • penjawat awam

Jamil bin Salleh (lahir 1959) merupakan seorang ahli politik dan penjawat awam Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dengkil sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).[1]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari 2016 hingga 2019, dan sebelum itu di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dari 2013 hingga 2016. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari 2009 hingga 2010, serta Pengarah Perancangan, Pembangunan dan Logistik Jabatan Penjara Malaysia dari 2000 hingga 2009. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan pengurusan di KBS, KDN dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dari 1983 hingga 1999.

Selain kementerian dan jabatan dalam kerajaan, Jamil juga pernah mempengerusikan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat, antaranya Yayasan Canselor UTeM, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rakyat Holdings, Bank Rakyat, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Pusat Belia Antarabangsa (IYC), serta pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC) Sdn Bhd, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Penasihat kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MsDeaf).

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Jamil merupakan salah seorang daripada dua calon awal yang diumumkan oleh Perikatan Nasional (PN) sebelum pilihan raya negeri, bersama calon PN bagi Sungai Pelek, Suhaimi Mohd Ghazali, yang akhirnya tewas kepada Lwi Kian Keong dari Pakatan Harapan (PH).[2] Jamil membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh PN untuk bertanding di kerusi Dengkil. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dengkil untuk penggal pertama selepas menewaskan Noorazli Said dari Barisan Nasional (BN), Darren Ong Chung Lee dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Mohd Daud Leong Abdullah dari Parti Utama Rakyat (PUR) dengan majoriti tipis sebanyak 407 undi.[3] Namun begitu, disebabkan kemenangan tipis tersebut, terdapat perancangan awal oleh PH untuk mencabar keputusan pilihan raya melalui petisyen pilihan raya.[4] Walau bagaimanapun, PH akhirnya tidak meneruskan rancangan tersebut.[5]

Semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri, Jamil mendedahkan bahawa beliau mempunyai pasukan yang dikenali sebagai ‘Pasukan DSJ (Datuk Seri Jamil)’ yang terdiri daripada penduduk Dengkil serta dibantu oleh penyokong dari luar kawasan Dengkil untuk menyokong kempen beliau. Beliau turut menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah ‘pelancong pilihan raya’ dan ‘penduduk luar’ yang tidak menetap di Dengkil. Menurutnya, beliau telah menetap di Dengkil lebih daripada 5 tahun dan telah berada di Lembah Klang selama lebih 40 tahun. Sebagai ADUN Dengkil, beliau berjanji untuk menggunakan pengalamannya di KBS dan KPDNHEP sebagai satu kekuatan imbangan dalam memberikan idea dan nasihat bagi memastikan perancangan kerajaan negeri Selangor berjalan lancar. Beliau juga menekankan bahawa beliau mengekalkan hubungan baik di peringkat kerajaan, dan perkara ini menjadi kelebihan untuk membangunkan Dengkil dan negeri Selangor.[6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[7]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N55 Dengkil Jamil Salleh (BERSATU) 33,561 48.52% Noorazli Said (UMNO) 33,154 47.93% 69,165 407 73.63%
Darren Ong Chung Lee (PSM) 1,782 2.58%
Mohd Daud Leong Abdullah (PUR) 668 0.97%

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  2. ^ "State polls: Ex-ministry sec-gen to contest in Dengkil on Perikatan ticket". The Star. 17 Julai 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  3. ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  4. ^ "Selangor PH to challenge 4 seats won by PN in state polls, says MB". Free Malaysia Today. 2 September 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  5. ^ "PH tidak teruskan petisyen bantahan keputusan PRN tiga DUN". Harian Metro. 26 Oktober 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  6. ^ "'Saya bukan orang luar'". Berita Harian. 30 Julai 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  8. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". www.istiadat.gov.my.
  9. ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2005" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.