Jamilah Anu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jamilah Anu

DA, PSBS (Sarawak)
Anggota Dewan Undangan Sarawak
untuk N03 Tanjong Datu
Dalam jawatan
9 Mac 2017[1] – 4 November 2021
Didahului olehAdenan Satem
Digantikan olehAzizul Annuar Adenan
Majoriti6, 443 (2017)
Isteri Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
28 Februari 2014 – 11 Januari 2017
PemimpinAdenan Satem
Didahului olehRagad Waleed Alkurdi
Digantikan olehDatuk Patinggi Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang
Butiran peribadi
Lahir (1955-08-14) 14 Ogos 1955 (umur 68)
Bau, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak[2]
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik GPS-PBB
PasanganAdenan Satem (?-2017)
Anak-anak
  • Aziza Jasmi
  • Azizul Annuar
Alma materUniversiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
PekerjaanAhli politik

Datuk Patinggi Puan Sri Jamilah Haji Anu (lahir 14 Ogos 1955) merupakan balu kepada Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk N03 Tanjong Datu.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan mempunyai dua orang anak iaitu Aziza Jasmi dan Azizul Anuar Adenan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan St. Stephen, Bau pada tahun 1961 hingga 1967 dan di Sekolah Menengah Kerajaan, Bau pada tahun 1968 hingga 1972. Beliau mendapat Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.[2]

Calon N03 Tanjong Datu[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional menamakan beliau sebagai calon Barisan Nasional untuk DUN Tanjong Datu bagi menggantikan penyandang terdahulu yang juga suaminya dan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.[3] Hari mengundi untuk PRK Tanjong Datu diadakan pada 18 Februari 2017 dan penamaan calon diadakan pada 4 Februari 2017.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]