Jamilah Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustazah Datuk Hajah

Jamilah Ibrahim
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1997 – 2003
Didahului olehKalthom Othman
Digantikan olehWan Ubaidah Wan Omar
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Dalam jawatan
1992 – 2001
Didahului olehUstazah Wan Asma' Abdul Kadir
Digantikan olehUstazah Fatimah Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir1947
Derga, Alor Setar, Kedah
Parti politik Parti Amanah Negara (2015-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (1983-2015)
PasanganAbdul Aziz Hassan
Hubungan
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik

Ustazah Datuk Hajah Jamilah Ibrahim استاذه داتوء حاجه جميله ابرهيم lebih mesra dipanggil Mak Lah adalah ahli politik wanita Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara lantikan Kerajaan Negeri Kelantan selama 2 penggal dari tahun 1997 hingga 2003. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional.


Semasa terlibat dengan PAS, Mak Lah pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) pada 1992 hingga 2001.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jamilah dilahirkan pada tahun 1947 di Derga, Alor Setar, Kedah. Ayahnya seorang guru pondok iaitu Haji Ibrahim Haji Abdullah dan ibunya Hajah Hawa Abdul Rahman. Suaminya Abdul Aziz Hassan bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau juga merupakan adik ipar kepada Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Beliau mempunyai 3 adik beradik, kakaknya Datin Hajah Khadijah Haji Ibrahim (isteri kepada Ustaz Fadzil Mohd Noor) dan adiknya Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim, bekas ADUN Langgar, Kedah.


Mak Lah mula terlibat secara aktif dengan Muslimat PAS, pada tahun 1984 apabila diamanahkan sebagai Pemangku Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Pusat, semasa Muktamar DMPM. Seterusnya pada tahun 1986 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DMPM. Semasa itu, DMPM diketuai oleh Ustazah Hajah Wan Asma' Wan Abdul Kadir. Pada tahun 1992, Mak Lah telah diamanahkan sebagai Pemangku Ketua DMPM, apabila Ustazah Wan Asma' melepaskan jawatan diatas faktor kesihatan, sebelum dilantik sebagai Ketua DMPM pada tahun 1993. Beliau diamahkan sebagai Ketua DMPM sehingga tahun 2001, apabila tewas dengan 3 majoriti semasa Muktamar DMPM kepada To' Puan Ustazah Hajah Fatimah @Zainab Ibrahim yang juga isteri Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Dato' Haji Harun Taib, dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu.

Pemimpin bervisi jauh[sunting | sunting sumber]

Semasa mengetuai DMPM banyak perubahan yang telah dibawa oleh Mak Lah, di zamannyalah ramai dikalangan profesional dan teknokrat telah terlibat secara aktif dengan PAS, berbanding sebelumnya, ramai dikalangan penggerak DMPM terdiri dari kalangan Ustazah. Antara tokoh-tokoh Muslimat yang merupakan anak didiknya ialah seperti Bekas Timbalan Ketua DMPM, Y.B Dr Hajah Lo' Lo' Dato' Mohd Ghazali, yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Y.B Dr Hajah Siti Mariah Mahmud, bekas Ahli Parlimen Kota Raja dan merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan sebagainya.


Semasa mengetui DMPM juga, DMPM telah membuat usul kepada PAS Pusat supaya Muslimat dipilih sebagai calon dalam pilihanraya setelah sekian lama PAS menangguhkan untuk meletakkan calon dikalangan Muslimat semasa dalam Pilihanraya disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk muslimat terlibat sebagai calon dalam pilihanraya.

Sebagai rekod Ketua DMPM, Allahyarham Khadijah Sidek pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Dungun, Terengganu mewakili PAS, selain itu, Ustazah Hajah Salmah Sheik Hussein, juga pernah dipilih sebagai Calon PAS di Parlimen Jitra, Kedah, tetapi tewas sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 1976 - 1982.


Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, telah bersetuju dengan usul yang dibuat oleh DMPM, dan meminta supaya usul tersebut dibincangkan secara terperinci oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat. Hasilnya semasa Pilihanraya tahun 2003 ramai dikalangan Muslimat PAS telah dipilih sebagai calon samaada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Dalam Pilihanraya Umum tersebut, antara calon Muslimat yang telah menang ialah Ustazah Hajah Khalthom Othman, di Parlimen Pasir Putih, Kelantan (sebelum ditarik balik oleh SPR disebabkan masalah teknikal) dan Hajah Rohani Ibrahim di DUN Tanjong Mas, Kelantan.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997 Mak Lah telah melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik semasa mengajar di Sekolah Menengah Seksyen 19, Shah Alam, Selangor, apabila Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah mencalonkan Mak Lah, sebagai Ahli Dewan Negara yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan. Mak Lah telah diamanahkan sebagai Senator selama dua penggal sehingga tahun 2003, menggantikan Ustazah Hajjah Khalthom Othman, yang telah tamat tempoh.


Selain itu, Mak Lah turut aktif dan terlibat diperingkat antarabangsa dan pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa (IMWU) yang berpusat di Sudan dan diketuai oleh, Dr Muna Yakan, iaitu isteri kepada tokoh gerakan Islam, Dr Fatkhi Yakan. Selain itu, Mak Lah juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Ahli-ahli Parlimen Wanta Islam Antarabangsa semasa diamanahkan sebagai Ahli Dewan Negara.


Mak Lah juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir selepas berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018 yang lalu.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada masyarakat, Mak Lah telah dianugerahkan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah pada tahun 2020 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong.