Jamilah Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
YB

Jamilah Zakaria

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Trong
Memegang jawatan
2018
Didahului olehZabri Abd Wahid
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PekerjaanPegawai Pendidikan

YB Jamilah Zakaria adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Trong yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1]

Berpengalaman selama 15 tahun dalam politik, Jamilah Zakaria berjaya tawan DUN Trong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meskipun pertama kali bertanding. Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata, kepercayaan diberikan kepada orang muda sepertinya sebagai calon adalah peluang terbaik mengetengahkan kewibawaan seorang pemimpin wanita, selain tanda penghargaan tertinggi BN terhadap calon muda dan wanita.

Beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,139 undian ketika menentang Muhd Faisal Abd Rahman daripada Pas yang mendapat 3,241 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,898.

Selain aktif berpolitik, beliau juga berpengalaman dalam bidang pendidikan serta khidmat sosial kepada masyarakat.

Anak kelahiran Gedangsa Selangor dan ibu bapanya berasal dari Kampung Baru Ayer Terjun, Trong ini merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bukit Gantang dan Pengerusi Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Jamilah juga pernah menyandang Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang dan AJK War Room PRU13 dan PRU14 pada tahun 2008 hingga 2018.

Selain itu Ahli UMNO Cawangan Taman Sungai Mas selama setahun ini pernah memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bukit Gantang serta AJK Bilik Gerakan PRU12.

Sebelum aktif dalam politik, beliau bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kota selama 11 tahun sebelum dilantik Penolong  Pegawai Pendidikan Daerah (latihan) pada tahun 2013 hingga 2018.

Mendapat pendidikan tertinggi Universiti Malaya (UM), beliau memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1998 hingga 2002 dan Sarjana Pentadbiran awan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2021.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah ini pernah juga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin Taiping Perak.

Jamilah telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Muzri Abdul Razak. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Nurin Nafiesah, Nurilmi Natrah dan Mohd Hafiy Ilman.


Kerjaya:

  • ADUN Trong (2018 hingga kini)
  • Guru SMK Sri Kota (2002 hingga 2013)
  • Penolong Pegawai Pendidikan daerah (latihan) (2008 hingga 2018)

Jawatan dalam parti:

  • AJK UMNO Bukit Gantang (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Bukit Gantang (2018 hingga kini)
  • Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang (2008 hingga 2018)
  • AJK Warroom PRU13 dan PRU14 (2008 hingga 2018)
  • Setiausaha Puteri UMNO Bukit Gantang (2003 hingga 2004)
  • AJK Bilik Gerakan PRU12 (2003 hingga 2004)
  • Ahli UMNO Cawangan Taman Sungai Mas (2002 hingga 2003)

Pendidikan:

  • Sarjana Pentadbiran Awam, USM (2019 hingga 2021)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UM (1998 hingga 2002)
  • Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah (1996 hingga 1997)
  • SMK Dr Burhanuddin Taiping Perak (1993 hingga 1995)
  • SK Trolak Timur, Sungkai Perak (1987 hingga 1988)
  • SK Felda Sg Behrang, Behrang Perak (1988 hingga 1992)

Rujukan[sunting | sunting sumber]