Jampi (lagu Hael Husaini)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Jampi"
Single oleh Hael Husaini
Dikeluarkan pada10 Februari 2017 (YouTube), 10 Mac 2017 (iTunes)
FormatMuat turun digital
Dirakam pada2017
GenrePop
Panjang3:37
SyarikatMeasat Broadcasting Network Systems Sdn Bhd
PenulisHael Husaini, Ezra Kong
Kronologi single Hael Husaini
"Jampi"
(2017)
"Haram"
(2018)

"Jampi" adalah single nyanyian Hael Husaini. Video lirik lagu ini dimuatnaik ke saluran Youtube Astro Gempak pada 10 Februari 2017 sebelum dilancarkan di iTunes pada 10 Mac 2017. Ditulis oleh Hael sendiri bersama Ezra Kong, lagu ini merupakan single solo pertama beliau selepas mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan Azhael pada Februari 2017.[1].

Persembahan langsung[sunting | sunting sumber]

Tarikh Acara Siaran langsung di
11 Julai 2017 MeleTOP Astro Ria
14 Oktober 2017 Anugerah Planet Muzik 2017 Astro Ria
3 November 2017 Anugerah Skrin 2017 TV3
4 November 2017 Konsert Pesona TV2
25 Januari 2018 ERA Digital Muzik Awards Facebook Live

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Komersial[sunting | sunting sumber]

"Jampi" memasuki Carta Domestik RIM di tempat ke-7 pada carta bertarikh 5 Mei 2017[2] dan muncul juara buat kali pertama pada carta bertarikh 29 Jun 2017[3]. "Jampi" bertahan sebagai juara carta selama 17 minggu berturut-turut sebelum digantikan oleh lagu "Luluh" oleh Khai Bahar pada carta bertarikh 2 November 2017.[4] Berikutan itu, "Jampi" merupakan lagu paling lama bertahan sebagai juara carta domestik sepanjang tahun 2017.

"Jampi" juga memasuki Carta Antarabangsa dan Domestik RIM dan berjaya menduduki tempat ke-16.[5] "Jampi" merupakan lagu tempatan kedua yang berjaya masuk dalam carta ini selepas Ismail Izzani dengan lagu "Sabar".

Pada 8 Januari 2018, RIM mengumumkan senarai lagu paling berjaya di Malaysia sepanjang tahun 2017. "Jampi" diiktiraf sebagai lagu tempatan paling banyak distrim dan lagu tempatan paling bernilai sepanjang tahun.[6]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Acara Anugerah Kategori Pencapaian
14 Oktober 2017 Anugerah Planet Muzik 2017 Lagu Terbaik (Malaysia) Dicalonkan
25 Januari 2018 ERA Digital Muzik Awards Lagu Viral ERA Menang
11 Februari 2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Peringkat Akhir Menang
8 April 2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Lagu MeleTOP Dicalonkan

Format runut[sunting | sunting sumber]

  • "Jampi" – 3:37[7]

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Pos tertinggi
Carta Domestik RIM 1
Carta Antarabangsa dan Domestik RIM 16

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Instagram Hael Husaini". 1 Februari 2017. Dicapai 17 Mac 2018. 
  2. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 18"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018. 
  3. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 27"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018. 
  4. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 44"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018. 
  5. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 31"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018. 
  6. ^ ""RIM Digital Music Charts Mark its First Year"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018. 
  7. ^ "Jampi". iTunes Malaysia. Dicapai 17 Mac 2018.