Jamuan Teh Boston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah arca menggambarkan para peneroka Amerika yang berpakaian seperti orang asli Amerika mencampakkan 342[1] buah peti kargo teh Britain yang dihantar ke Pelabuhan Boston pada 16 Disember, 1773.

Jamuan Teh Boston (Bahasa Inggeris: Boston Tea Party) merupakan satu tindakan langsung yang dilakukan oleh sekumpulan peneroka di Boston, koloni Massachusetts British sebagai suatu penentangan terhadap pemerintahan Raja George III dan monopoli Syarikat Hindia Timur yang mengawal kesemua bekalan teh ke Amerika; terutamanya Akta Teh (Tea Act) termaktub pada 10 Mei 1773 yang membenarkan penjualan barangan teh dari Dinasti Qing tanpa pelaksanaan percukaian di sana yang dianggap menindas para penduduk koloni sana. Pada 16 Disember tahun sama,[2] selepas para pegawai di Boston enggan mengembalikan tiga muatan kapal teh bercukai ke Britain, sekumpulan peneroka menaiki kapal dan memusnahkan teh dengan membuangnya ke dalam Pelabuhan Boston. Kejadian ini menjadi antara peristiwa bersejarah paling penting dalam sejarah Amerika Syarikat.

Kejadian ini membangkitkan kemarahan pihak kerajaan pusat di Britain di mana Parlimen sana menggubal akta balas diberi nama "Akta Pemaksaan" (Intolerable Acts dan Coercive Acts) yang menamatkan pemerintahan tempatan di kawasan tersebut serta memaksa penutupan pelabuhan Boston. Para penduduk serata Tiga Belas Jajahan ini kekal membantah melalui penubuhan Kongres Benua Pertama yang menggesa kerajaan British menarik balik akta tersebut. Kegawatan politik yang berlaku daripada pengusulan ini mencetuskan Perang Revolusi Amerika pada tahun 1775.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tatadagang barangan teh dilaksanakan kerajaan British[sunting | sunting sumber]

Banyak syarikat ditubuhkan pada abad ke-17 bagi memenuhi permintaan terhadap barangan dan minuman teh dari China yang semakin didambakan masyarakat serata benua Eropah.[3] Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) diberikan suatu monopoli dalam pengimportan oleh Parlimen United Kingdom pada tahun 1698.[4] Apabila minuman teh semakin mendapat permintaan jajahan-jajahan milik British sendiri, Parlimen negara tersebut giat berusaha menghapuskan saingan luar negara melalui pelulusan suatu akta yang mengehadkan pengimportan teh dari Great Britain sahaja pada tahun 1721.[5] SHTI pula tidak bertindak sebagai pengeksport teh ke jajahan-jajahan British tetapi lebih kepada pemborong barangan ini secara pelelongan untuk dijual kepada firma-firma tertentu di England, pihak perantara ini pula mengeksportkan dan menjual semula kargo ini kepada saudagar-saudagar di kota-kota tanah jajahan termasuk Boston, New York, Philadelphia dan Charleston.[6]

Pemaktuban Akta Teh 1773 serta penentangan daripada golongan penduduk koloni[sunting | sunting sumber]

Wujudnya cukai ini mendatangkan rasa tidak senang dan puas hati dalam kalangan penduduk koloni - mereka sendiri tidak diwakili dalam Parlimen United Kingdom, maka ketiadaan percukaian tanpa perwakilan (No taxation without representation) dalam kalangan mereka sendiri dianggap melanggar hak mereka sebagai penduduk tanah asal sana.

Serbuan dan perampasan kargo di Boston[sunting | sunting sumber]

Sebuah kapal kargo pembawa teh bernama Dartmouth tiba di Pelabuhan Boston dari London - kapal ini asalnya memunggah minyak ikan paus ke London dan membawa kargo teh sebagai bahan pertukaran dalam pelayaran kembalinya. Samuel Adams, ketua parti Whig (kemudiannya menjadi kelompok Patriot dalam peristiwa lanjutan), meminta suatu perjumpaan hebat diadakan di Faneuil Hall pada 29 November 1773. Ribuan penduduk datang lebih banyak daripada yang dirancangkan, maka perjumpaan hebat ini dipindahkan ke balai raya Old South Meeting House di pusat bandar.[7]

Menurut undang-undang British, kapal kargo diberi tempoh selama 20 hari untuk membayar cukai import atau dirampas dan dipunggah di tanah dagangan sebagai hukuman.[8] Perjumpaan ini meluluskan suatu resolusi usulan Adams yang menggesa kapten kapal Dartmouth berlayar keluar tanpa membayar cukai import. Sebanyak 25 orang pemuda dipilih agar memerhatikan kapal kargo Dartmouth dan menghalang kapal tersebut memunggah teh di pelabuhan.[9] Sementara itu, dua kapal kargo teh lain iaitu Eleanor dan Beaver tiba berlabuh di pelabuhan Boston.

Pada 16 Disember iaitu tarikh akhir syarat yang dikenakan untuk kapal Dartmouth, sebanyak kira-kira 5,000[10] hingga 7,000[11] orang - hampir separuh bilangan penduduk Boston seramai 16,000[10] orang - berkumpul di Old South Meeting House; ada daripada mereka berpakaian kaum peribumi Mohawk[12] yang bukan sahaja bertujuan menyembunyikan identiti tetapi juga sebagai suatu penunjukan simbolik kelompok ini sebagai "anak-anak asal benua Amerika".[13] Setelah para hadirin mendapat laporan bahawa Gabenor Hutchinson enggan membenarkan kapal-kapal kargo teh yang berlabuh keluar tanpa membayar sebarang cukai; Adams dengan yakinnya berkata "perjumpaan ini langsung tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menyelamatkan negeri ini".[nota 1] Para hadirin sudah hilang kesabaran mereka dan Adams cuba menenangkan keadaan memandangkan perjumpaan besar ini belum boleh bersurai dalam beberapa minit (menurut catatan saksi[14]); namun orang ramai mula merusuh dengan hingar-bingarnya. Seramai 30 hingga 130 orang[13] segera berpusu-pusu keluar dari balai pertemuan itu ke pelabuhan menaiki kapal-kapal Dartmouth, Eleanor dan Beaver lalu membuang kesemua 342 buah kotak kargo teh ke laut.[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teks asal: "This meeting can do nothing further to save the country."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 125–26; Labaree, Tea Party, 141–44.
  2. ^ Smith, George (17 Januari 2012). The Boston tea party. Th einstitute for humane studies and libertarianism.org. Dicapai 20 April 2018. 
  3. ^ Labaree, Tea Party, 3–4.
  4. ^ Knollenberg, Growth, 90.
  5. ^ Knollenberg, Growth, 90; Labaree, Tea Party, 7.
  6. ^ Labaree, Tea Party, 8–9.
  7. ^ This was not an official town meeting, but a gathering of "the body of the people" of greater Boston; Alexander, Revolutionary Politician, 123.
  8. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 124.
  9. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 123.
  10. ^ a b Raphael, Ray (2001), A people's history of the American Revolution: How common people shaped the fight for independence, The New Press, m/s. 18, ISBN 1-56584-653-2, On December 16, the day before customs officials were entitled to seize the cargo and land it themselves, an estimated 5,000 people traveled through a cold, steady rain to gather at the Old South Meeting House. (The entire population of Boston at the time was only about 16,000, children included.) 
  11. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 125.
  12. ^ "Was there a True Indian Disguise?". Boston Tea Party Historical Society. 2008. 
  13. ^ a b "Mohawk was Emerging as a Symbol of Liberty in the New Land". Boston Tea Party Historical Society. 2008. 
  14. ^ Maier, Old Revolutionaries, 27–28n32; Raphael, Founding Myths, 53. For firsthand accounts that contradict the story that Adams gave the signal for the tea party, see L. F. S. Upton, ed., "Proceeding of Ye Body Respecting the Tea," William and Mary Quarterly, Third Series, 22 (1965), 297–98; Francis S. Drake, Tea Leaves: Being a Collection of Letters and Documents, (Boston, 1884), LXX; Boston Evening-Post, December 20, 1773; Boston Gazette, December 20, 1773; Massachusetts Gazette and Boston Weekly News-Letter, December 23, 1773.
  15. ^ Alexander, Revolutionary Politician, 125–26; Labaree, Tea Party, 141–44.

Sumber asal[sunting | sunting sumber]

  • Alexander, John K. Samuel Adams: America's Revolutionary Politician. Lanham, Maryland: Rowman & Littlefield, 2002. ISBN 0-7425-2115-X.
  • Knollenberg, Bernhard. Growth of the American Revolution, 1766–1775. New York: Free Press, 1975. ISBN 0-02-917110-5.
  • Labaree, Benjamin Woods. The Boston Tea Party. Originally published 1964. Boston: Northeastern University Press, 1979. ISBN 0-930350-05-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 42°21′13″N 71°03′09″W / 42.3536°N 71.0524°W / 42.3536; -71.0524 (Boston Tea Party)