Jangajji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangajji
Maneul jangajji, jeruk bawang putih dalam sos daripada kicap soya dan cuka.
Nama Korea
Hangul장아찌
Hanja[tiada ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Perumian Semakanjangajji
McCune–Reischauerchangatchi

Jangajji atau jangachi (sebutan bahasa Korea: [tɕaŋaːtɕ͈i]) ialah sejenis jeruk dalam masakan Korea yang menjeruk atau memerap sayur di dalam sos buat masa yang lama. Makanan ini kadang kala dinamakan janghwa (장화). Mengikut sejarah, ia dibuat semasa musim menuai dan dimakan sebagai banchan (hidangan sampingan kecil) apabila sayur sangat sukar didapati semasa musim sejuk. Setiap kali memakan jangajji, ia dihiris nipis, diperisakan dengan minyak bijan, gula, garam dan bijan.[1][2]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Makanan ini mempunyai kepelbagaian bergantung kepada kawasan dan suhu. Ramuan utama juga pelbagai, dan munghkin mengandungi bawang putih, daikon, timun, daun cili, tembikai wangi tempatan, daun perila, deodeok (Codonopsis lanceolata), dan lain lagi. Secara amnya, jangajji dijeruk di dalam ganjang (kicap Korea), gochujang (pes cili), doenjang (pes kacang soya), cuka cair. Untuk membuat jangajji, sayur haruslah kering atau diasinkan untuk mengelakkan lebihan kelembapan pada perasa. Pada kebelakangan ini, kecenderungan makanan telah berubah dan sayur segar mudah didapati, maka penggunaan jangajji telah berkurang dengan banyaknya.[1][2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kinds of Korean Ffood". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2015-03-31.
  2. ^ a b 장아찌 (dalam bahasa Korean). Empas / Britannica.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]