Jangan Benci Cintaku
Jangan Benci Cintaku | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Keluarga Dendam |
Berdasarkan daripada | Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto |
Pengarah | Mohd. Fazli Yahya |
Dibintangi oleh | Zahirah MacWilson Saharul Ridzwan Niena Baharun Izzue Islam Daler Yusuf Amelia Henderson Luqman Hafidz Azizah Mahzan Catriona Ross Dilla Ahmad Esma Daniel |
Lagu pembukaan | "Sampai Bila" nyanyian Misha Omar |
Lagu penutup | "Sampai Bila" nyanyian Misha Omar |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Datuk Rosyam Nor Shamsuddin Datin Runika Mohd Yusof |
Tempoh siaran | Isnin – Jumaat, 7.00 petang. |
Syarikat penerbitan | (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Siaran asal | 29 Jun 2018 – 7 Ogos 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Halalkan Hati Yang Ku Curi |
Diikuti oleh | Cinta Bukan Kristal |
Jangan Benci Cintaku ialah sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya novelis Emy Roberto terbitan syarikat Idea Kreatif dan menjadi antara drama adaptasi novel yang sohor kini pada tahun 2018.
Drama ini mencapai rating sebanyak 12 juta penonton, iaitu jumlah tontonan tertinggi sama banyak dengan drama 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir 2 dan Teratai Kemboja.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal (Saharul Ridzwan), tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa (Zahirah MacWilson) tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Rafeeqa melarikan diri ke Sunderland dan menyambung pelajaran menjadi alasan.
“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.
Tetapi…
“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal
Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
"Make him fall for you!" - Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna (Niena Baharun) itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
- Zahirah MacWilson sebagai Rafeeqa Huda
- Niena Baharun sebagai Nurul Husna
- Izzue Islam sebagai Syazwi
- Daler Yusuf sebagai Irwan
- Amelia Henderson sebagai Damia
- Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
- Luqman Hafidz sebagai Faris
Rujukan[sunting | sunting sumber]
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Jangan Benci Cintaku | Berikutnya |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | Cinta Bukan Kristal |