Jangan Ikut Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jangan Ikut Aku (drama))
Jangan Ikut Aku
Genre
Ditulis oleh
  • Shida Zali
  • Kaseh Fatimah
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seriputeh" oleh Oh Chentaku ft. Altimet
Lagu penutup"Seriputeh" oleh Oh Chentaku ft. Altimet
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sadupal Singh
  • Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Azalina Anuar
  • Ash
  • Akif Irfan
  • Nurul Ayu Asyikin
  • Syafiq Shakirull
  • Jauna Athira
  • Adib Azman
  • Nur Nawarah
  • Adib Sulaiman
  • Nur Fikry
  • Samirah Sulaiman
  • Siti Sarah Enjos
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal10 Julai 2017 – 8 Ogos 2017
Kronologi
MengikutiMisteri Wan Peah
Diikuti olehMuzium Misteri

Jangan Ikut Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Anas Ridzuan, Ben Ladin, Syanie, Dazrin Kamarudin dan Aishah Azman. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Seramedi TV3 10 Julai 2017 hingga 8 Ogos 2017[2] menggantikan Misteri Wan Peah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tak kena setelah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut. Setelah pulang dari perkhemahan. Akil mula tidak nyenyak tidur kerana setiap malam dia akan berasa gatal-gatal badan. Ruam-ruam halus mula keluar dari badannya. Kerja-kerja di bengkelnya tak dapat dijalankan dengan baik kerana sudah beberapa hari akibat tak cukup tidur. Walaupun telah ke klinik, penyakit gatalnya tetap tak berubah. Nabil rakan serumahnya meyuruh Akil menalipon ibunya untuk minta nasihat kerana merasakan penyakit Akil agak pelik kerana hanya datang pada waktu malam.

Sementara itu Cikgu Shila kerosakan keretanya di tepi jalan. Dia kemudiannya menghantar keretanya ke bengkel Akil. Wajah Cikgu Shila yang menawan telah memikat hati Akil dalam diam. Teman lelaki Cikgu Shila, Sham sering membawa masalah padanya. Suatu hari kesabaran Cikgu Shila tidak dapat dibendung lagi bila wang kutipan PIBGnya dicuri Sham. Cikgu Shila nekad untuk memutuskan perhubungannya dengan Sham.

Setelah tidak dapat mengawal lagi penyakit gatal Akil, Akil pulang ke kampong berjumpa ibunya. Ibunya Mak Mah minta Akil mendapatkan rawatan cara kampong dengan Dukun terkenal, Tok Misai. Tok Misai memberitahu yang Akil ‘keteguran’ oleh Jin di dalam hutan kerana membuang di tempat kediaman jin. Akil diminta datang keesokkan harinya untuk mengambil air mandian yang dijampi Tok Misai untuk membuang ganguan-ganguan yang ada didalam badannya. Keesokkan harinya Akil ke rumah Tok Misai dan medapati botol berisi air berserta nota di tepi tangga rumah Tok Misai. Akil juga mendapati ada cincin berdekatan botol air tadi. Menyangka cincin tersebut disediakan oleh Tok Misai untuknya. Akil terus memakai dan membawa balik cincin tersebut. Akil tidak sedar di dalam rumah Tok Misai telah mati dibunuh seseorang.

Akil, gembira kerana penyakit gatalnya telah hilang setelah meminum air jampi dan memakai cincin yang disangkakan ditinggalkan Tok Misai untuk kegunaanya. Namun, tanpa Akil ketahui cincin itu ditinggalkan Tok Misai agar tidak jatuh ke tangan musuhnya iaitu Dukun Anjang Itam (Kazar). Tok Misai telah dibunuh sebelum sempat dia memberikan air penawar kepada Akil dan kebetulan cincin itu dijumpai pula oleh Akil. Bermulalah kehidupan Akil diganggu oleh jin-jin peliharaan Tok Misai.

Akil mula tidak tenteram kerana sering diganggu jin-jin Tok Misai dan dia mula mencari dukun-dukun untuk menghalau mereka di internet tetapi terkejut dengan bayaran mahal yang dikenakan oleh dukun-dukun tersebut. Sehinggalah satu hari Nabil (Suffian BMB), teman serumah Akil telah dirasuk oleh jin tersebut dan mengatakan akan meninggalkan Akil jika Akil berjaya menunaikan permintaan mereka.

Untuk permintaan yang pertama, Akil menunaikan permintaan Jin kecil yang diberi nama Jendul (Ben Ladin). Jendul mahu Akil mendapatkan loceng kecil yang ditanam di rumah seorang kanak-kanak bernama Akmal untuk membolehkan dia kembali ke tempat asalnya. Tanpa Akil ketahui, Jendul berbohong kepadanya kerana loceng itu dapat membuatkan Jendul kembali berdamping dan mengganggu Akmal.

Akil bersedia untuk menunaikan permintaan jin kedua iaitu permintaan Kesuma Dewi atau Bigfoot (Syanie). Bigfoot teringin sangat untuk memasuki pertandingan ratu cantik. Akil terkejut mendengar permintaan Bigfoot kerana mana mungkin dia boleh menyertai pertandingan Ratu cantik untuk manusia. Bigfoot marah kerana permintaanya tidak diterima dan mula merasuk Akil.

Mayang Kasturi (Aishah Azman) pula mahu Akil mendapatkan semula rantai kepunyaannya yang telah dicuri Tok Misai dahulu dan diberikan kepada anaknya iaitu Siti (Aishah Ilias). Tanpa Akil ketahui rantai itu sebenarnya adalah rantai pengikat hubungan antara Mayang Kasturi dan Siti. Siti juga bekerja di bengkel milik Akil kerana mahu mendapatkan semula cincin keramat milik bapanya.

Permintaan terakhir daripada Kimchi (Dazrin Kamaruddin) sedikit sukar untuk ditunaikan Akil. Kimchi mahu Akil menghantarnya pulang semula ke Korea melalui badan Akil. Akil pening kerana untuk ke Korea perlukan banyak belanja sedangkan dia tak cukup duit.

Akil gembira kerana hampir menunaikan kesemua permintaan jin-jin tersebut walaupun sukar dan berharap mereka tidak mengganggunya lagi. Tetapi sebenarnya, jin-jin Tok Misai tidak mahu meninggalkan Akil. Bagi membolehkan mereka terus bersama Akil, jin-jin tersebut membantu Akil untuk mendapatkan gadis idamannya iaitu Cikgu Shila. Bagaimanakah nasib Akil? Adakah dia akan bebas buat selama-lama atau terus leka dengan pertolongan makhluk halus yang membantunya mencuri hati gadis pujaannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (15 Julai 2017). Anas Ridzuan Diganggu Jin dalam Jangan Ikut Aku Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Julai 2017.
  2. ^ Drama Jangan Ikut Aku mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
  3. ^ Jangan Ikut Aku (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.