Jangan Padam Rindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Padam Rindu
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitRosyam Nor
Runika Mohd Yusof
Penyunting
  • Haniffa Jhonasrol
  • Mohd Syazwan Roslan
  • Izwan Ansor
  • Asyraf Zainal
  • Fakhrie Ismail
  • Shazwan
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Siaran asal30 Oktober 2018

Jangan Padam Rindu merupakan drama bersiri 2018 adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Rina Farizq dibintangi oleh Emma Maembong dan Keith Foo. Drama 20 episod ini merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin dan terbitan Suhan Movies & Trading.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ellina yang menyangka Tuan Haji Mizan melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua.

Ellina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu.

Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya.

Bagaimanapun, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]