Jangan Pernah Lupakan Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Pernah Lupakan Aku
GenreMelodrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Don’t Forget To Remember
karya Sonia Mael
Ditulis olehEja Lorena
PengarahAmzari Amir
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Wayang Tinggi Produksi Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 November 2021 – 8 Januari 2022
Kronologi
MengikutiCinta Yang Pulang
Diikuti olehPrimadona Makyung Bedah

Jangan Pernah Lupakan Aku merupakan adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris, 'Don’t Forget To Remember' oleh Sonia Mael. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV2 dari 6 November 2021 hingga 8 Januari 2022 menggantikan Cinta Yang Pulang. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ariana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri.

Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris.

Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali.

Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan.

Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Jangan Pernah Lupakan Aku. Myinfotaip. Dicapai 5 November 2022