Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut
PengarahNazir Jamaluddin
Penerbit
  • Eddie Jufril
  • Suraya Saad
  • Fuad Rodzi (eksekutif)
  • Saad Man (eksekutif)
PenulisFarhana Fauri
Dibintangi oleh
SinematografiRemy Mamak
Syarikat
penerbitan
CMA Media
PengedarAstro Shaw
Mula ditayangkan
8 Julai 2021 (Malaysia)
Tempoh tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2021 arahan Nazir Jamaluddin dengan skrip ditulis oleh Farhana Fauri. Dibintangi oleh Amerul Affendi, Shuk Sahar, Mark Adam dan lain-lain, filem ini ditayangkan pada 8 Julai 2021 di Astro First.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.

Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendandakan kerjasama sulung 3 pelakon, iaitu Amerul Affendi, Mark Adam dan Shuk Sahar di layar lebar.[4][5] Menurut Penerbit Eksekutif filem ini, Fuad Rodzi, Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut ialah sebuah filem komedi seram yang sarat dengan nilai murni yang boleh diambil sebagai teladan. Katanya: “Malah, antara daya tarikan filem ini, ia bukan sahaja menonjolkan lakonan oleh pelakon terkenal, tetapi turut menampilkan subplot dan tiga cerita berbeza di dalam sebuah filem,”.[1][2][6]

Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut dikeluarkan pada 8 Julai 2021 di Astro First.[7] Filem ini pada mulanya dirancang untuk tayangan di pawagam, namun pihak penerbitan membuat keputusan untuk tidak menangguhkan tayangannya dengan memilih platform Astro First untuk menayangkan filem ini.[1][2][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Asraf Aided (5 Julai 2021). "Jangan Takut: Kau Takut... Aku Pun Takut tampilkan gandingan pertama kali Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  2. ^ a b c "Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut papar kisah tiga sahabat alami pengalaman seram". Kopiplanet. 31 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  3. ^ Georgie Joseph (6 Julai 2021). "Filem seram padat teladan". Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  4. ^ "Gandingan pertama Mark Adam, Amerul Affendi, Syuk Sahar". Utusan Borneo. 7 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  5. ^ Asraf Aided (9 Julai 2021). ""Tajuk pun dah lawak!" - Jangan takut untuk saksikan Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut!". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  6. ^ Fariza Saidin (7 Julai 2021). "Jangan Takut: Kau Takut.. Aku Pun Takut! Nak takut apa? Tunggu 8 Julai! Takut-takut terlepas!". Kita Reporters. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  7. ^ Asraf Aided (8 Julai 2021). "It's today! Jangan lupa saksikan Jangan Takut: Kau Takut.. Aku Pun Takut di pawagam rumah anda". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  8. ^ Budiey (5 Julai 2021). "Yang perlu anda tahu tentang filem Jangan Takut: Kau Takut Aku Takut". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]