Jangka masa tiba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jangka masa tiba atau anggaran masa ketibaan (ETA) ialah masa apabila sebuah kapal, kenderaan, pesawat udara, kargo atau perkhidmatan kecemasan dijangka tiba di suatu tempat tertentu.[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Salah satu kegunaan yang lebih biasa ialah pada pengangkutan awam di mana pergerakan kereta api, bas, kapal terbang dan sebagainya dapat digunakan untuk mengira jangka waktu ketibaan tergantung kepada jadual waktu yang tetap atau melalui pengiraan pada maklumat kesesakan lalu lintas. Dalam hal ini, ungkapan atau singkatannya sering dikaitkan bersama pelengkapnya, jangka masa perlepasan (ETD), untuk menunjukkan masa perlepasan yang dijangkakan untuk perjalanan tertentu. Maklumat ini sering disampaikan pada sistem pemaklum penumpang seperti paparan ketibaan di stesen LRT sebagai sebahagian daripada fungsi teras sistem pengangkutan pintar.[perlu rujukan]

Sebagai contoh, sebuah penerbangan dapat mempunyai ETA yang dikira berdasarkan kelajuan yang ia telah memenuhi dalam jarak perjalanan tersebut. Jarak yang tinggal dibahagikan dengan kelajuan tadi untuk menganggarkan masa ketibaan. Kaedah ini tidak mengambil kira sebarang peristiwa yang tidak dijangka (seperti perubahan arah angin) yang mungkin berlaku dalam perjalanan ke destinasi.[perlu rujukan][perlu rujukan]

ETA juga digunakan secara kiasan dalam situasi di mana sesuatu itu tidak bergerak secara fizikal, seperti menerangkan masa yang dianggarkan buat tugas tertentu sehingga selesai (mis. kerja yang dijalankan oleh individu; pengiraan yang dijalankan oleh program komputer atau proses yang dijalankan oleh sesebuah organisasi). Istilah yang berkaitan adalah "jangka masa penyiapan", namun ini mungkinlah hanya sebuah bakronim.[perlu rujukan]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Jangka masa tiba yang tepat dan benar adalah penting dalam beberapa bidang penggunaan:

  • Dalam penjadualan dan penjujukan kawalan lalu lintas udara, di mana menjadualkan ketibaan pesawat mengikut turutan tiba dahulu layan dahulu (first-come-first-served) di landasan mengurangkan kegendalaan.[3][4]
  • Di dalam kaedah penentuan pintu lapangan terbang, untuk mengoptimumkan penggunaan pintu.[5]
  • Dalam pengawalan lif, untuk mengurangkan purata masa menunggu atau masa perjalanan penumpang[6][7] (penghantaran destinasi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cameron, M.; Brown, A. (May 1995). "Intelligent transportation system Mayday becomes a reality". Aerospace and Electronics (NAECON 1995). 1. IEEE. m/s. 340–347.
  2. ^ Propp, Douglas A.; Rosenberg, Craig A. (July 1991). "A comparison of prehospital estimated time of arrival and actual time of arrival to an emergency department". The American Journal of Emergency Medicine. 9 (4): 301–303. doi:10.1016/0735-6757(91)90045-L.
  3. ^ Carr, Gregory C.; Erzberger, Heinz; Neuman, Frank (June 2000). "Fast-time study of airline-influenced arrival sequencing and scheduling". Journal of Guidance, Control, and Dynamics. 23: 526–531.
  4. ^ Roy, Kaushik; Levy, Benjamin; Tomlin, Claire J. (August 2006). "Target tracking and Estimated Time of Arrival (ETA) Prediction for Arrival Aircraft". AIAA Guidance, Navigation, and Control 2006. AIAA. AIAA2006-6324. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-24. Dicapai pada 2018-08-24.
  5. ^ Lim, A.; Rodrigues, B.; Zhu, Y. (2005). "Airport Gate Scheduling with Time Windows". Artificial Intelligence Review. 24: 5–31. doi:10.1007/s10462-004-7190-4.
  6. ^ Xiong, Bo; Luh, Peter B.; Chang, Shi Chung (April 2005). "Group Elevator Scheduling with Advanced Traffic Information for Normal Operations and Coordinated Emergency Evacuation". Robotics and Automation (ICRA 2005). IEEE. m/s. 1419–1424.
  7. ^ Rong, Aiying; Hakonen, Henri; Lahdelma, Risto (December 2003). Estimated Time of Arrival (ETA) Based Elevator Group Control Algorithm with More Accurate Estimation. Turku Centre for Computer Scienceo. ISBN 952-12-1289-6. Dicapai pada July 11, 2012.