Januari 2007
Jump to navigation
Jump to search
Januari 2007 ialah bulan pertama untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 31 hari pada hari Rabu.
Cuti antarabangsa[sunting | sunting sumber]
|
|
Portal:Hal semasa[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Januari - Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
- 30 Januari - Microsoft melancarkan Windows Vista dan Microsoft Office 2007.
- 28 Januari - Sukan Asia Musim Sejuk 2007 bermula di Changchun, China.
- 15 Januari - Adik tiri Saddam Hussein, Barzan Ibrahim dan Awad Hamed al-Bandar dihukum gantung sampai mati.
- 12 Januari - Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang, dan Sabah.
- 4 Januari - Nancy Pelosi menjadi speaker wanita pertama Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.
- 1 Januari -
- Penerbangan 574 Adam Air dilaporkan hilang berdekatan dengan Pulau Sulawesi, Indonesia.
- Romania dan Bulgaria menyertai Kesatuan Eropah. Ini menjadikan jumlah negara-negara yang menyertai Kesatuan Eropah bertambah menjadi 27 buah.