Jared Kushner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jared Kushner
Jared Kushner pada tahun 2018
Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarika
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului olehValerie Jarrett, Brian Deese, Shailagh Murray
Digantikan olehAnita Babbitt Dunn
Pengarah Pejabat Inovasi Amerika Syarikat
Dalam jawatan
27 Mac 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului oleh(Jawatan diciptakan)
Digantikan oleh(Jawatan dihapuskan)
Butiran peribadi
LahirJared Corey Kushner
(1981-01-10) 10 Januari 1981 (umur 43)
Livingston, New Jersey, AS
Kerakyatan Amerika Syarikat
PasanganIvanka Trump (kahwin 2009)
Anak-anak03
Ibu bapa
  • Charles Kushner (bapa)
  • Seryl Stadtmauer (ibu)
SaudaraJoshua Kushner (adik lelaki)
KeluargaMurray Kushner (bapa saudara)
Pendidikan
PekerjaanAhli perniagaan

Jared Corey Kushner (lahir 10 Januari 1981) merupakan seorang pelabur, pemaju hartanah, dan penerbit surat khabar yang kini merupakan penasihat kanan kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump yang juga merupakan bapa mentua beliau.

Kushner merupakan anak sulung kepada pemaju hartanah Charles Kushner dan mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump.

Beliau adalah ketua pegawai eksekutif syarikat pegangan dan pembangunan hartanan, Kushner Companies dan Observer Media penerbit kepada New York Observer.[1][2]

Semasa kempen presiden Trump 2016, Kushner telah membantu dan menjalankan strategi media digital Trump.

Pada 09 Januari 2017, Kushner telah dinamakan sebagai penasihat kanan Rumah Putih. Beliau kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai CEO Kushner Companies dan penerbit Observer.[3]

Pada 24 Ogos 2017, Kushner telah melawat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudiannya melawati Presiden Palestin Mahmud Abbas. Beliau cuba untuk memulakan semula proses damai di Timur Tengah.[4]

Kushner mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump pada tahun 2009. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chung, Juliet (May 3, 2017). "A Tech Startup's Major Investors". Wall Street Journal. m/s. A2. Kushner co-founded Cadre in 2014... To get off the ground, Cadre turned to a Goldman Sachs fund and a number of high-profile investors... Cadre also secured a $250 million line of credit from the family office of George Soros... Soros' family office is also an investor in Cadre.
  2. ^ Eaglesham, Jean; Chung, Juliet; Schwartz, Lisa (Mei 3, 2017). "Trump Adviser Kushner's Undisclosed Partners Include Goldman and Soros". Wall Street Journal. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 4, 2017. Kushner ... is currently in business with Goldman Sachs Group Inc. and billionaires George Soros and Peter Thiel, according to people familiar with the matter and securities filings.
  3. ^ McAlone, Nathan (9 January 2017). "Trump Son-in-Law Jared Kushner Will Step Down as Publisher of the Observer, and Have No 'Ownership Stake'". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2017. Dicapai pada 28 Januari 2017.
  4. ^ "White House envoy Jared Kushner begins Mideast peace push". Fox News. Ogos 24, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 13, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]