Pergi ke kandungan

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) merupakan NGO yang memperjuangkan nasib Orang Asli di Semenanjung Malaysia. JKOASM mewakili hampir 30,000 Orang Asli yang berdaftar di enam negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Hantar memorandum[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2010, JKOASM) menghantar memonradum bantahan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi menolak sekeras-kerasnya Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan kerajaan pada 4 Disember 2010. Penyelaras JKOASM Tijah Yok Chopil mendakwa dasar itu diluluskan tanpa berunding dengan masyarakat orang Asli terlebih dahulu. Mereka juga menolak hasil bengkel kajian semula dasar tersebut yang diadakan pada 6 April 2010 dan sebarang cadangan pindaan terhadap Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang dijangka dibentang di Parlimen Jun 2010.

JKOASM mendesak agar dasar itu dimansuhkan .Kerajaan hendaklah mewartakan hak wilayah tanah adat Orang Asli sebagai Rizab Orang Asli dan menepati semangat 1Malaysia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]