Jaringan Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia
Ibu pejabatNo A-1110,Tingkat 11,Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia
Penubuhan
AsalMalaysia
Identiti
Orang pentingDato' Azwanddin Hamzah (Presiden)
Kawasan berkhidmatMalaysia, Indonesia, Thailand
FokusIntegriti dan Kepimpinan Anak-Anak Muda Nusantara
MotoJujur dan Amanah Satu Perjuangan
Laman sesawanghttp://www.jmm.com.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia atau JMM (No ROS:2664-10-WKL)[1] merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat yang berikut:

  1. Membina jaringan Bangsa Melayu bagi memartabatkan Bangsa Melayu sebagai bangsa yang memiliki nilai diri yang jujur dan amanah.
  2. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
  3. Memperjuangkan untuk mengenepikan sebarang pengaruh asing yang mempunyai agenda untuk memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian di dalam negara.
  4. Menegakkan intergriti dikalangan golongan profesional yang menguruskan sumber dan aset negara.[2]

Isu LGBT[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 2011, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Ambiga dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir menyatakan pendirian apakah mereka akan membenarkan budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) wujud di sekolah pada masa depan. JMM juga tegas berpandangan Seksualiti Merdeka adalah program yang mempromosikan nafsu gila golongan LGBT dan tiada kena-mengena dengan hak asasi manusia.

JMM telah mengadakan siri jelajah di Ampang, Putrajaya, lembah Pantai dan beberapa buah universiti tempatan dengan mengedarkan risalah Lindungi Anak-Anak Kami dari Ancaman LGBT. Beberapa siri perhimpunan turut juga telah dianjurkan sebagai sebahagaian daripada program kesedaran ancaman LGBT kepada masyarakat.

Hasil daripada beberapa input dan maklumbalas yang diterima dari para ibubapa, JMM telah bekerjasama dengan beberapa buah Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kuala Lumpur dan Selangor bagi menubuhkan jawatan kuasa bertindak di sekolah-sekolah membenteras ancaman LGBT dikalangan pelajar sekolah.

Kajian JMM [3] terbaru kajian JMM turut mendapati sebanyak 21 kes perceraian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor tahun lalu dikesan berpunca daripada salah seorang pasangan suami isteri mengamalkan seks sejenis.

Di samping itu, perangkaan tahun 2010 daripada Majlis AIDS Malaysia (MAM) menunjukkan jumlah penghidap HIV yang berpunca daripada golongan seks sejenis adalah sebanyak 48.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada golongan berkongsi jarum dadah iaitu 47.7 peratus.

Isu LGBT ini menjadi isu hangat dengan penglibatan banyak NGO Islam yang menentang usaha daripada pelbagai pihak yang mendesak kerajaan untuk mengikitrafan perkahwinan sejenis di negara ini.

Isu PPSMI[sunting | sunting sumber]

Kajian JMM mendapati 50 % ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pada 10 September 2011, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Datuk Dr Puad Zarkashi menafikan kajian itu sebagai tidak mengira pelbagai aspek, dan hanya bergantung sama ada ibu bapa bersetuju terhadap PPSMI.Kajian itu tidak dilakukan secara empirikal dan tidak komprehensif. Sebaliknya kementerian telah melakukan kajian terperinci ditambah pula dengan beberapa perbincangan meja bulat dengan pakar pendidikan negara sebelum membatalkan pelaksanaan PPSMI.

Keputusan UPSR dan PMR juga merosot dalam subjek sains dan matematik pada 2008. Ketika PPSMI dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah, hanya 8 % guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mengajar subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakan mereka tidak dilatih dan tidak menguasai bahasa itu.

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI.Autonomi diberi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, tidak bermakna kementerian akan kembali menggunakan PPSMI.Kita tidak akan kembali kepada PPSMI.[4]

Hubungan dengan NGO-NGO Indonesia[sunting | sunting sumber]

JMM juga mengadakan hubungan dua hala dengan beberapa buah NGO-NGO utama dari Indonesia seperti hubungan dengan Dewan Muhammadiyah, Nadatul Ulama (NU), GP Ansor bagi membentuk kesepakatan serta bertukar-tukar informasi dari segi sosial, budaya dan ekonomi bagi kepentingan perkembangan Melayu di Asia Tenggara. JMM telah dilantik sebagai Sekretariat OneRegion yang telah dianjurkan di Royal Chulan, Jalan Conlay Kuala Lumpur pada 25hb Oktober sehingga 30 Oktober dengan mempertemukan hampir sebanyak 60 buah NGO dari Malaysia dan Indonesia yang berhasil mencapai beberapa persetujuan membentuk kerjasama yang lebih erat dikalangan NGO-NGO di kedua-dua negara [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Imej di laman web rasmi persatuan
  2. ^ http://pertubuhanjaringanmelayumalaysia.blogspot.com/
  3. ^ [1]
  4. ^ "Kajian JMM Tentang PPSMI Tidak Tepat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-09-10.
  5. ^ [2]