Jasmin Hamid
Jasmin Hamid | |
|---|---|
ياسمين حامد | |
Jasmin ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014. | |
| Kelahiran | Jasmiah binti Abdul Hamid 15 September 1972 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1990–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 3 |
| Saudara | Aleza Shadan (sepupu) |
Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid (lahir 15 September 1972) ialah pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama pada era 1990-an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]
Permulaan kerjaya Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir. Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun. Liku-liku kehidupan aktres cantik ini sepanjang lebih dua dekad bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya. Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.
Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya. Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.
Antara watak-watak yang sinonim dan masih segar di ingatan penonton ialah Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000an. Terbaru beliau menghiburkan seisi rumah dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa. Keupayaan beliau dalam menerajui watak komedi sememangnya tidak dipersoalkan lagi, malahan pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1997 menerusi watak komedi dalam drama Jutawan Segera.
Selain watak komedi, Jasmin juga menonjol menerusi watak antagonis dan serius. Antara lakonannya yang mencuri perhatian adalah menerusi drama Syurga Di Mana, Ilham Suci hasil tulisan Nor Faznita Md Nor dan Relung Kasih. Penglibatan Jasmin dalam drama bermutu tinggi pernah menyaksikan beliau mewakili Malaysia untuk menerima Anugerah Drama Terbaik Asia Tenggara pada Festival TV Antarabangsa Tokyo ke-3 yang berlangsung di negara matahari terbit itu pada tahun 2008 menerusi drama Bicara Aur dan Tebing. Pada tahun 2010, Jasmin terbang ke Los Angeles untuk mewakili drama Datin Wan Abe dalam lawatan sambil belajar anjuran Media Prima bersama pemenang Anugerah Skrin 2009.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008. Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya. Mereka adalah Rohana, Lukhman Hakim, dan Ian Haziq. Rohana dan Lukhman merupakan anak angkat yang dibesarkan Jasmin sejak beliau berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid. Pada 2021 beliau berkahwin kali kedua dengan pa beliau iaitu Nazmir Abdul Rahim.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk lagu | Artis undangan |
|---|---|---|
| 2019 | "Ratu" | Faizal Tahir |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Aktres Terbaik - Anugerah Skrin 1997 menerusi drama Jutawan Segera
- (Pencalonan) Aktres Terbaik Anugerah Skrin menerusi drama Hangatnya Salju Dinginnya Bara (2001), Ilham Suci (2007) & Relung Kasih (2008)
- (Pencalonan) Aktres Komedi TV Terbaik - Anugerah Seri Angkasa 2006 menerusi siri komedi 3T 3 Dara: Tan Tin Tun
- (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 1997/98 dan 2002.
- Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik - Anugerah Lawak Warna 2013 menerusi drama Bila Joyah Masuk TV
- Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik - Anugerah Lawak Warna 2014 menerusi drama Bila Joyah Dah Goyah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Semangat kental Jasmin Hamid - Utusan Malaysia
- ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1972
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Peserta Dewi Remaja
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin