Jasmine Suraya Chin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Jasmine Suraya" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chin.
Jasmine Suraya Chin
KelahiranJasmine Suraya Chin Xian Mei
(1989-11-10) 10 November 1989 (umur 30)
Kuching, Sarawak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanIjazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Melbourne
PekerjaanPengacara televisyen, pelakon dan model
Tahun aktif2013–kini

Jasmine Suraya Chin Xian Mei (陈香郿) (lahir 10 November 1989) merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia[1] berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak.[2] Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen. Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017) dan Alamatnya Cinta (2018).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak, Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.[3] Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di S.M.K. Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.

Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.[3]

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di sebuah surat khabar berbahasa Inggeris selama setahun setengah.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Jasmine Suraya pertama kali berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2012 untuk memulakan kerjayanya. Penguasaan bahasa Melayu beliau agak teruk ketika itu maka beliau perlu bekerja keras bagi memahirkan diri. Beliau mendaftarkan diri ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan.[5]

Pada tahun 2013, beliau menjadi salah seorang peserta Projek 3R yang turut disertai oleh Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee.[6] Jasmine memegang watak Zaharah dalam filem Return to Nostalgia arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada Oktober 2015.[7]

Beliau pernah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi sukan Rembat (2015) arahan Shamyl Othman[8] dan filem aksi permotoran KL Wangan (2017) arahan Pekin Ibrahim.[9]

Jasmine berlakon bersama Ammar Alfian, Hairul Azreen, Gambit Saifullah dan Hafizul Kamal dalam filem ketenteraan, PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018, beliau menjayakan watak sebagai Lily.[10][11] Selain itu, beliau juga muncul dalam drama lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha, Alamatnya Cinta sebagai Natalia.

Jasmine Suraya memegang watak Cai Yun atau Sofia dalam telefilem bertajuk Back To You yang turut dibintangi oleh Azizah Mahzan. Beliau menggunakan pengalaman peribadinya sendiri bagi menghayati wataknya.[12] Beliau juga bakal muncul bersama Vanidah Imran dalam drama Daulat yang bakal disiarkan di Netflix.[13]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Jasmine Suraya beragama Kristian.[14] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau beragama Islam, Jasmine berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik."[2]

Beliau mempertahankan tindakannya memuat naik gambar yang dianggap seksi oleh sebahagian peminat di laman sosial Instagram sehingga mendapat kecaman netizen.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 River of Exploding Durians Jasmine
2015 Tuli Sekampung
Return to Nostalgia Zaharah
Rembat Geisha
2017 Dave Filem pendek
KL Wangan Isteri Hong
2018 Paskal Lily
2019 Masterpiecisan Filem/drama yang belum dikeluarkan Ruby Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Tini TV3
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Effa TV3
A&E Dr. Sharon
2015 Padamu Aku Bersujud Sandra TV3
2015-16 Keluarga Pontimau Chichi TV3
2017 Hero Seorang Cinderella Zuyyin Astro Ria
2018 Pengantin 100 Hari Farah TV3
KL Gangster: Underworld Mimi Iflix
Alamatnya Cinta Natalia Astro Ria
2019 KL Gangster: Underworld (Musim ke-2)[4] Mimi Iflix
Adellea Sofea Suzie TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Tesis Terakhir TV1
Cinta Di Gerai Astro Maya HD
2017 Komplot Astro Citra
2018 Cinta Elevator Astro Citra
2019 Back To You(“当时明月在”, Dang Shi Ming Yue Zai) 8TV/TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 The Job[4] Dirinya sendiri 8TV Rancangan realiti
2013 Projek 3R Dirinya sendiri TV3 Rancangan realiti
2014 She's The Boss Capital TV
Makmal Masak TV9
2015 Inspirasi Dekor TV1
2018 Sensasi Bola Dirinya sendiri Hypp Sensasi Pengacara
2019 Sepahtu Reunion Live Dirinya sendiri Astro Warna Pelakon undangan

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Pantene's Star Search Malaysia 2013 N/A Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Harapan Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Jasmine Suraya Chin, Host Bolasepak Cantik". azhan.co. 26 September 2017. 
  2. ^ a b Nor Akmar Samudin. "'Saya bukan Melayu!'". Harian Metro. Dicapai 7 September 2018. 
  3. ^ a b "Jasmine sahut cabaran". Dunia Sukan: 44-47. Oktober 2015. Dicapai 11 Disember 2015 – melalui laman web rasmi Jasmine Suraya Chin. 
  4. ^ a b c Kenneth Chaw (24 September 2019). "Jasmine Suraya Chin was once told her acting wasn't good enough". Star2.com. Dicapai 26 September 2019. 
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Ogos 2018). "Elak gelaran gadis bola". Harian Metro. Dicapai 21 September 2018. 
  6. ^ "Siapa penyambung legasi 3R?". Sinar Harian. 21 Ogos 2013. Dicapai 21 September 2018. 
  7. ^ "Return to Nostalgia". The Daily Seni. 6 Oktober 2015. Dicapai 18 Oktober 2018. 
  8. ^ "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Perak Today. 5 September 2015. Dicapai 2016-08-02. 
  9. ^ "KL Wangan sarat aksi mendebarkan". Kosmo! Online. 17 Disember 2015. Dicapai 22 Disember 2017. 
  10. ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai 29 September 2018. 
  11. ^ "'So daring!' Pakaian seksi Jasmine Suraya buat netizen rasa kurang senang". Astro Awani. 27 September 2018. Dicapai 29 September 2018. 
  12. ^ Tahir Alhamzah (30 Ogos 2019). "#Showbiz: Beyond culture and religion boundaries". New Straits Times. Dicapai 7 September 2019. 
  13. ^ Mohd. Haikal Isa (30 Julai 2019). "Jasmine Suraya dicurangi dua kali". Kosmo!. Dicapai 7 September 2019. 
  14. ^ "Jasmine disangka Melayu". Metro Ahad: m/s 20. 28 September 2014. Dicapai 11 Disember 2015 – melalui laman web rasmi Jasmine Suraya Chin. 
  15. ^ Ridzuan Abdul Rahman (19 September 2018). "Seksi sangat ke dress ni...?". Harian Metro. Dicapai 21 September 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]