Jasper Supayah
Jasper Supayah | |
|---|---|
賈斯柏·蘇帕亞 | |
| Kelahiran | Jasper James Supayah 16 April 1993 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2016–kini |
Karya | Filemografi |
| Televisyen | Akademi Fantasia (2016) |
Jasper James Supayah (lahir 16 April 1993) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara tv dan model wanita Malaysia.[1] Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016.[2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 16 April 1993 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang kakak yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.[4] Beliau merupakan berdarah kacukan Cina dan India.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Akademi Fantasia
[sunting | sunting sumber]Jasper merupakan salah seorang daripada 15 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016,[6] di mana beliau menduduki tangga ke-10 dan tersingkir di konsert minggu keempat.[7] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Jasper menyanyikan lagu:
- "Tetap Dalam Jiwa" (Isyana Sarasvati)
- "Cinta Gila" (Juliana Banos)
- "Joget Kelantan" (Nora)
- "Pantas" (Hanie Soraya)
Pada tahun 2021, lima tahun selepas menyertai AF2016, Jasper melancarkan single sulungnya, "Empati".[8]
Bidang lakonan
[sunting | sunting sumber]Kerjaya lakonan Jasper bermula dengan membintangi drama Semusim Rindu yang bersiaran di Astro Prima, dengan memegang watak sebagai Yuhanis.[9][10] Beliau seterusnya membuat penampilan filem pertamanya dengan berlakon bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem Polis EVO 2 yang mana beliau memegang watak sebagai Agnes.[11]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2021 | "Empati" |
| "Jiwa Sama"[12] | |
| "KITA DEMI NEGARA"
(lagu tema Kementerian Dalam Negeri) bersama OJA |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhayati Nordin (18 Disember 2019). Jasper makin berani Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Haryani Ismail (22 Mac 2018). "Bakat kacukan India-Cina ingin warnai dunia seni Melayu". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 22 Mac 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2019). Jasper Supayah tarik nafas lega Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (2 Mei 2019). "Jasper berkorban". Berita Harian. Dicapai pada 6 Jun 2019 – melalui PressReader.
- ^ Ridzuan Abd. Rahman (27 November 2020). Jasper sudah lama menunggu Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.
- ^ Rafiq Mazlan (20 September 2016). "Perjalanan tiga pelajar AF2016 terhenti". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-05-07.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (9 Ogos 2016). "Dua peserta bukan Melayu antara 14 peserta Akademi Fantasia 16". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2016.
- ^ Norhayati Nordin (1 Mac 2021). Terungkai dalam Empati Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2021.
- ^ "Jasper sinonim watak antagonis". Media Permata Online. 7 Mei 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (3 Julai 2019). Jasper tak mahu tunjuk contoh tidak baik Sinar Harian. Dicapai pada 3 Julai 2019.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (12 Disember 2017). "Tak sangka boleh berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (24 September 2021) Jiwa Sama himpun penyanyi berbilang bangsa. Berita Harian Dicapai pada 24 September 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1993
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan India
- Kristian Malaysia
- Orang dari Johor
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Penyanyi wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Peserta Akademi Fantasia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia