Jata Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jata negara Australia.

Jata Australia menunjukkan di bahagian atas, dari kiri ke kanan, negeri-negeri yang diwakili iaitu: New South Wales, Victoria dan Queensland; manakla di bahagian bawah pula, dari kiri ke kanan: Australia Selatan, Australia Barat dan Tasmania. Di atas perisai adalah sebutir Bintang Komanwel berbucu tujuh di atas lingkaran berwarna biru dan emas di mana kedua-duanya membentuk puncak. Enam daripada mata pada bintang yang mewakili enam negeri asal, manakala titik ketujuh mewakili gabungan wilayah naungan serta mana-mana negeri Australia yang akan datang. Perisai ini secara keseluruhannya mewakili persekutuan Australia.

Kanggaru merah dan emu merupakan haiwan sokongan perisai jata. Haiwan-haiwan ini tidak pernah ditetapkan sebagai lambang haiwan rasmi negara[1] namun mempunyai pengiktirafan tidak rasmi mereka sebagai fauna asli negara tersebut (hanya terdapat di benua itu). Terdapat pendapat mengatakan haiwan-haiwan ini dipilih bukan sahaja kerana saiznya yang cukup besar untuk memegang perisaitetapi juga kerana haiwan-haiwan ini tidak boleh bergerak ke belakang, hanya ke hadapan - yakni melambangkan kemajuan. Pada hakikatnya kedua-dua haiwan boleh bergerak ke belakang meskipun ia jarang berlaku. Jata negara ini berlatarbelakangkan bunga Golden Wattle (Acacia pycnantha) iaitu bunga kebangsaan negara tersebut, walaupun gambaran spesies tidak tepat secara botaninya [2] Di bahagian bawah jata adalah sebuah skrol yang tertulis nama negara. Kedua-dua karangan bunga wattle dan skrol secara teknikalnya bukan sebahagian daripada reka bentuk jata kerana tiadanya penerangan bahagian-bahagian tersebut pada Waran Diraja yang mengurniakan reka bentuk jata ini.

Negeri Jata
New South Wales
Victoria
Queensland
Australia Selatan
Australia Barat
Tasmania

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Coat of Arms". About Australia. Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2014. Dicapai pada 23 September 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Australian Coat of Arms". WorldWideWattle. Dicapai pada 23 September 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)