Jawaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan Jawaka atau Grahi merupakan kesinambungan daripada Empayar Sampugita yang diasaskan oleh Raja Surendra atau dikenali juga sebagai Raja Suran pada tahun 1240 M . Kerajaan ini merupakan gabungan negeri Kelantan, Langkasuka dan Singgora. Jawaka juga disebut sebagai Javaka mengikut sebutan Barat.

Pengasasan[sunting | sunting sumber]

Setelah kematian Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma yang memerintah Kerajaan Dharmasraya dari tahun 1183 hingga 1233, wilayah-wilayah di Semenanjung membebaskan diri daripada Kerajaan Dharmasraya. Raja Surendra mewujudkan gabungan Jawaka di selatan Tambralinga yang turut membebaskan diri daripada Kerajaan Dharmasraya.Baginda merupakan raja terakhir Sampugita dan juga putera sulung kepada Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma. Kerajaan Jawaka ini memerintah kawasan dari kawasan Prathama atau Nakhorn Prathom, satu kawasan berdekatan dengan Bangkok sehingga Pulau Temasik yang kini dikenali sebagai Singapura. Ada juga pendapat mengatakan Kerajaan Jawaka turut menguasai Sri Lanka, Champa, Sumatera dan Sunda.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pusat pentadbiran Jawaka terletak di Kelantan. Kerajaan ini dinamakan sebagai Jawaka kerana mengambil nama ibu kota kerajaan ini, iaitu Jawakota yang terletak dalam 15 batu ke selatan Kota Bharu sekarang dan kira-kira 3 batu ke arah sebelah barat Bukit Panau. Untuk sampai ke lokasi tersebut, mereka perlu melalui sebatang sungai kecil dari kampung Tok Uban. Dikatakan pada akhir abad ke-14 M, ibu kota tersebut telah tenggelam bersama dengan penduduknya, bangunan istana dan juga Candi.

Ketika pemerintahan Raja Sang Tawal, baginda memindahkan pusat pentadbiran ke Phattalung yang terletak berhampiran dengan Tambralinga berikutan berlakunya peperangan dengan Sukhothai.

Berdasarkan Yuan Shih, Maharaja Dinasti Yuan menghantar utusan kepada Raja Rama Khamheang untuk menghentikan pepetangan pada tahun 1294.

...when a Thai envoy appeared at the Monggol court, a Chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheang: "Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er (Malay)".

[2]

Pada tahun 1294, sempadan Petchburi-Ratchburi telah digunakan untuk memisahkan kedua-dua kerajaan tersebut.Namun, Raja Rama Khamheang telah menyerang Phattalung pada tahun 1295 mengakibatkan Raja Sang Tawal berundur ke Patani.

Sebuah angkatan yang terdiri daripada balu dan wanita telah diwujudkan oleh Arduja, puteri baginda telah turut serta dalam peperangan menentang Sukhothai dan berjaya memenggal kepala Raja Rama Khamheang. Peperangan antara Jawaka dengan Sukhothai telah membawa kepada kekalahan Jawaka pada tahun 1325 dan pengunduran Raja Sang Tawal ke Kelantan.

Raja[sunting | sunting sumber]

Raja-raja Jawaka
Bil Raja Tempoh Pemerintahan
1 Raja Surendra 1233 - 1253
2 Raja Sakrantra 1253 - 1267
3 Raja Sang Tawal 1267 - 1339

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Salasilah Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Penting oleh Nakula, 1981
  1. ^ Abdullah Sidek Bin Saat : Sejarah Kerajaan Melayu Purba 2 yang Hilang Kini Dibongkarkan , 2021
  2. ^ Prof DGE Hall, A History of South East Asia, London Macmillian, 1955 Page 149.