Rampasan kuasa Mali 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rampasan kuasa Mali 2012

Pemberontakan Tuareg 2012 menyebabkan ketidakpuasan hati tentera yang membawa kepada rampasan kuasa
Tarikh21 Mac 2012 – 8 April 2012
Lokasi
Mali Mali
12°39′N 8°0′W / 12.650°N 8.000°W / 12.650; -8.000
Keputusan
  • Askar yang belot menawan istana presiden, media negara dan bangunan lain, memaksa presiden Touré bersembunyi
  • Askar yang belot mendakwa rampasan kuasa berjaya, mengisytiharkan perintah berkurung seluruh negara dan menggantung perlembagaan
  • Pemberontakan Tuareg mengawal utara Mali dan mengisytiharkan kemerdekaan negara Azawad
Pihak yang terlibat

Mali Kerajaan Mali

  • Regimen Payung Terjun Ke-33[1]
  • Pengawal Presiden
Mali Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pemulihan Demokrasi dan Negara (CNRDR)
Komandan dan pemimpin

Mali Amadou Toumani Touré
(Presiden Mali)

Mali Sadio Gassama
(Brigadier jeneral dan menteri pertahanan Mali)
Mali Amadou Sanogo
(Kapten dan ketua CNRDR)
Mali Amadou Konare
(Leftenan dan jurucakap CNRDR)[2]
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Kerugian dan korban
3 terbunuh
28 cedera[3]
1 terbunuh[4]
2 cedera[5]

40 orang tidak dikenal pasti cedera[4][6]

Rampasan kuasa Mali 2012 bermula pada 21 Mac, apabila pemberontak askar-askar Mali yang tidak gembira dengan pengurusan Pemberontakan Tuareg 2012 telah menyerang beberapa tempat di ibu negara Bamako, termasuklah istana presiden, televisyen negara, dan berek tentera. Askar-askar ini berkata mereka telah membentuk Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pemulihan Demokrasi dan Negara,[7] mengisytiharkan keesokan harinya yang mereka telah menggulingkan kerajaan Amadou Toumani Touré, memaksa beliau menyembunyikan diri. Rampasan kuasa ini diikuti oleh kutukan antarabangsa "sebulat suara", sekatan keras oleh jiran Mali, dan kehilangan segera utara Mali kepada angkatan Tuareg, menyebabkan Reuters memerikan rampasan kuasa ini sebagai "gol sendiri hebat".[8] Pada 6 April, junta tersebut telah bersetuju dengan para perunding ECOWAS bahawa mereka akan turun daripada kuasa dengan syarat mereka menamatkan sekatan, memberi kuasa kepada kerajaan peralihan yang dipimpin oleh speaker parlimen Diouncounda Traoré. Beberapa hari berikutnya, kedua-dua Touré dan ketua rampasan kuasa Amadou Sanogo meletakkan jawatan secara rasmi.[9]

Dalam usaha mengembalikan kestabilan ke Mali, satu kerajaan perpaduan kebangsaan dibentuk pada 20 Ogos, dan dipersetujui oleh presiden sementara Dioncounda Traoré.[10] Cheick Modibo Diarra, yang memimpin kerajaan sementara, kekal sebagai perdana menteri. Kabinet baharu ini terdiri daripada 31 menteri, dan lima daripadanya dilihat rapat dengan ketua CNRDR Kapten Amadou Sanogo.[11] Sekurang-kurangnya empat anggota kerajaan peralihan sebelum ini kekal dalam kabinet.[10] Namun tidak seorangpun menteri baharu memiliki hubungan rapat dengan presiden Touré yang digulingkan.[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schneider, James (22 March 2012). "Mali's CNRDR: An Accidental Coup?". Think Africa Press. Dicapai pada 22 Mac 2012.
  2. ^ Adam Nossiter (22 Mac 2012). "Soldiers Declare Coup in Mali". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada 22 Mac 2012.
  3. ^ "الاتحاد الأفريقي يعلق عضوية مالي" (dalam bahasa Arab). Al Jazeera. 24 Mac 2012. Dicapai pada 24 Mac 2012.
  4. ^ a b Serge Daniel (22 Mac 2012). "Mali president holed up in barracks as junta digs in". The Daily Star. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  5. ^ "UN Chief Following Mali Events With Deep Concern". Voice of America. 21 Mac 2012. Dicapai pada 22 Mac 2012.
  6. ^ "UPDATE 7-Rebel soldiers say they have seized power in Mali". Af.reuters.com. 22 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-25. Dicapai pada 22 Mac 2012.
  7. ^ Afua Hirsch (22 Mac 2012). "Mali rebels claim to have ousted regime in coup". The Guardian. UK. Dicapai pada 24 Mac 2012.
  8. ^ Cheick Dioura dan Adama Diarra (31 Mac 2012). "Mali Rebels Assault Gao, Northern Garrison". The Huffington Post. Reuters. Dicapai pada 5 April 2012.
  9. ^ "Mali court meets to choose interim president". Al Jazeera. 9 April 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
  10. ^ a b "Mali forms new caretaker government". Reuters. 21 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-05. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
  11. ^ "Mali forms new unity government under PM Diarra". BBC. 20 Ogos 2012. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
  12. ^ "Mali announces new govt 5 months after coup". CBS News. 20 Ogos 2012. Dicapai pada 21 Ogos 2012.

Templat:African coups d'État Templat:Coup d'État