Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia ditubuhkan bagi memutuskan nasib seseorang ahli parlimen yang melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Sesuatu usul akan dibentangkan untuk dibahaskan . Proses pengundian akan dijalankan. Perintah Tetap 80(1) menetapkan sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada jawatankuasa ini.

Namun Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu sepatutnya ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Keahliannya terdiri pada pengamal undang-undang di Malaysia.

  1. Datuk Pandikar Amin Mulia - Yang Dipertua Dewan Rakyat - sebagai pengerusi
  2. Datuk Ronald Kiandee - Timbalan Yang Dipertua (BN-Beluran)
  3. Razali Ibrahim (BN-Muar)
  4. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah)
  5. Puan Hajah Nancy Binti Shukri (BN-Batang Sadong)
  6. Sivarasa K. Rasiah (PKR-Subang)
  7. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Contoh kes[sunting | sunting sumber]

  1. Gobind Singh Deo (Puchong) telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.
  2. Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan kaitan antara 1Malaysia,One Israel dan APCO Worldwide.
  3. Kes Datuk Mohamed Nazri bin Abdul Aziz 'berbohong' berhubung Royalti minyak Kelantan gagal diluluskan kerana majoriti Dewan Rakyat adalah daripada Barisan Nasional. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kerajaan hadapkan Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-03. Dicapai pada 2010-04-01.