Jawatankuasa Kebudayaan Negeri
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Jawatankuasa Kebudayaan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kebudayaan terletak di bawah bidang kuasa bersama antara negeri dan persekutuan[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan kebudayaan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri. Portfolio ini kebiasaannya digandingkan dengan portfolio kesenian dan portfolio pelancongan.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kebudayaan dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
1 | Johor | Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya | YB Raven Kumar Krishnasamy | MIC |
2 | Kedah | Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya | YB Mohd Firdaus Ahmad | BERSATU |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan | YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam Ab Rahman | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan | YB Datuk Muhammad Jailani Khamis | UMNO |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu | YB Mohamad Nazaruddin Sabtu | PKR |
6 | Pahang | Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga | YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin | UMNO |
7 | Perak | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan | YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi | BERSATU |
8 | Perlis | Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian & Warisan | YB Asmaiza Ahmad | UMNO |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Ekonomi Kreatif[2] | YB Yeoh Soon Hin | DAP |
10 | Sabah | Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar | YB Datuk Jafry Ariffin | UMNO |
11 | Sarawak | Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan | YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah | GPS (PBB) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan | YB Borhan Aman Shah | PKR |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital | YB Ariffin Deraman | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Budaya Maori
- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
- Kabinet Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ "Perubahan portfolio Exco Kerajaan Negeri demi fokus pemulihan ekonomi pasca COVID-19". Buletin Mutiara. 9 September 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)