Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kerajaan tempatan dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
1 | Johor | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | YB Datuk Mohd Jafni Md Shukor | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan | YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman | PAS |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan | YB Dr. Haji Izani Husin | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar | YB Datuk Zaidi Attan | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan,
Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru |
YB Teo Kok Seong | DAP |
6 | Pahang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. | YB Dato' Johari Harun | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | YB Sandrea Ng Shy Ching | PKR |
8 | Perlis | Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan | YB Fakhrul Anwar Ismail | PAS |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan | YB Jagdeep Singh Deo | DAP |
10 | Sabah | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan | YB Datuk Joachim Gunsalam | PBS |
11 | Sarawak | Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan | YB Dato Sri Dr Sim Kui Hian | GPS (SUPP) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan | YB Ng Sze Han | DAP |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar | YB Dr. Alias Razak | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Wilayah Persekutuan
- Kerajaan tempatan di Malaysia
- Senarai kerajaan tempatan di Malaysia
- Kabinet Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.