Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau lebih dikenali dengan PAC (singkatan bagi "Public Accounts Committee") ialah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 12 orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Tugas[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk memeriksa:

  • Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
  • Apa-apa kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
  • Penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;
  • Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau sebab lain, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.

Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.

Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir di hadapannya atau meminta mengeluarkan surat, rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.

Pengerusi PAC[sunting | sunting sumber]

Antara Pengerusi PAC ialah:

Tujuan utama[sunting | sunting sumber]

Tujuan utama PAC ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Terdapat beberapa kes di seluruh Malaysia yang mendapat perhatian PAC. Kebanyakan kes ini mendapat perhatian umum dari seluruh rakyat Malaysia. Antaranya ialah kenaikan kadar tol lebuh raya di Malaysia.

Kes PAC[sunting | sunting sumber]

Tol lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Pada 25 November 2007, PAC mencadangkan kerajaan Malaysia membeli saham semua lebuh raya yang beroperasi di Malaysia. [1]

Pada 22 November 2007, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan RM380 juta jika kadar tol tidak dinaikkan pada 1 Januari 2008 dan 1 Oktober 2008.

Jumlah yang Kerajaan Malaysia perlu bayar kepada pemegang konsesi tol ialah:

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) merupakan sebuah lebuh raya akan dibina pada 2008 di Johor Baharu dengan kos RM977 juta. Lebuh raya sepanjang 8.1 km ini menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan terpaksa memindahkan 2600 keluarga dari 7 buah kampung di situ . kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd bertanggunngjawab terhadap pembinaan lebuh raya dan pemindahan penduduk di situ.[3]

Pembelian helicopter Eurocopter[sunting | sunting sumber]

Pada 3 November 2008, Pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid mengumumkan pembelian helikopter Eurocopter yang telah digantung, sebenarnya tidak berlaku sebarang penyelewengan. Memang berlaku pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh Kementerian Pertahanan itu.[4]

Kehilangan Enjin Jet TUDM[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Januari 2010, PAC memutuskan bahawa kes kecurian enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 tiada kaitan dengan pegawai kanan TUDM. Memang ada kelemahan dalaman TUDM tetapi bukan penyelewengan pegawai atasan. Pemecatan seorang Brigedier Jeneral pada 2009 tidak ada kena-mengena dengan kes kecurian enjin jet . Dua enjin jet itu didapati hilang semasa dalam simpanan Bangunan Material Processing Shed (MATRA 1), Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Harga enjin hanya RM300,000 setiap satu dan bukannya RM50 juta . MATRA 1 menyimpan lebih 400 ribu alat ganti dan peralatan milik TUDM. Tidak ada peralatan lain yang hilang. Sistem inventori berkomputer akan digunakan bagi mencegah kehilangan pada masa depan.

Sidang media diberikan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Portal Rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Rujukan[sunting | sunting sumber]