Jawatankuasa Nobel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jawatankuasa Nobel ialah sejenis badan yang bertanggungjawab atas banyak kerja pemilihan pemenang Hadiah Nobel, di mana setiap Hadiah dipilih oleh setiap satu Jawatankuasa ini.

Keempat-empat jawatankuasa ini (untuk hadiah dalam bidang fisiologi atau perubatan, fizik, Kimia dan sastera) - yang bertindak dalam institusi yang memberikan hadiah ini iaitu Akademi Sains Diraja Sweden, Karolinska Institutet dan Akademi Sweden - hanya mengusulkan calon pemenang manakala kata putus dibuat dalam perjumpaan yang lebih besar terdiri daripada keseluruhan akademi dalam fizik,[1] kimia,[2] dan kesusasteraan,[3] serta juga 50 anggota Perhimpunan Nobel Institut Karolinska untuk hadiah dalam fisiologi atau perubatan.[4][5]

Jawatankuasa Nobel kelima ialah Jawatankuasa Nobel Norway yang bertanggungjawab untuk Hadiah Keamanan Nobel. Jawatan ini pula berstatus berbeza di mana ia merupakan badan kerja serta juga badan pemutus untuk hadiah yang diberikannya sendiri.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]