Jawatankuasa Paralimpik Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jawatankuasa Paralimpik Rusia
Negara Rusia
KodRUS
Diwujudkan1996
Persatuan BenuaJawatankuasa Paralimpik Eropah
Ibu pejabatMoskow
PresidenVladimir Lukin
Ketua SetiausahaMikhail Terentiev
Laman webwww.paralymp.ru

Jawatankuasa Paralimpik Rusia (Rusia: Паралимпийский комитет России) merupakan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang mewakili Rusia .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Paralimpik Rusia ditubuhkan pada tahun 1996. Pada 7 Ogos 2016, jawatankuasa tersebut digantungkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa disebabkan oleh program doping yang ditaja oleh kerajaan yang berlaku pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014. [1]

Sukan Paralimpik Tokyo 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2019, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) melarangkan Rusia daripada menyertai semua sukan antarabangsa selama empat tahun, setelah didapati bahawa data yang diberikan oleh Badan Anti-Doping Rusia telah dimanipulasikan oleh pihak berkuasa Rusia untuk melindungi atlet yang terlibat dalam program doping yang ditaja oleh kerajaan. Atlet Rusia hanya dibenarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di bawah bendera neutral dan dengan nama pasukan yang neutral.

Rusia kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan WADA di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Pada 17 Disember 2020, CAS mengumumkan bahawa penggantungan Rusia dikurangkan kepada dua tahun dan membenarkan atlet Rusia untuk mengambil bahagian di bawah bendera Jawatankuasa, dan bukannya di bawah bendera yang neutral, serta menggunakan warna bendera kebangsaan Rusia. [2]

Bagi semua upacara penyampaian pingat, Piano Concerto No. 1 yang diggubal oleh Pyotr Tchaikovsky akan dimainkan sebagai pengganti lagu kebangsaan Rusia. [3]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The IPC suspends the Russian Paralympic Committee with immediate effect". International Paralympic Committee. 7 August 2016.
  2. ^ "Focus on news: CAS arbitration WADA v. RUSADA: Decision". Court of Arbitration for Sport. Court of Arbitration for Sport. 17 December 2020. Dicapai pada 18 December 2020.
  3. ^ "IPC confirm details regarding RPC's Paralympic Games participation". International Paralympic Committee. 26 April 2021. Dicapai pada 20 May 2021.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]