Jawatankuasa Pendidikan Negeri
Jawatankuasa Pendidikan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pendidikan termasuk pengajian tinggi terletak di bawah bidang kuasa persekutuan[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri juga mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu pengurusan portfolio pendidikan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri. Sesetengah negeri menggabungkan semua aspek pendidikan dalam satu portfolio, sebaliknya ada juga yang memisahkan pendidikan sebelum universiti dalam satu portfolio, manakala pengajian tinggi dalam satu portfolio lain. Ada juga negeri yang tidak mempunyai portfolio pendidikan, dan menyerahkan urusan pendidikan di bawah tanggungjawab Persekutuan sepenuhnya[2].
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan pendidikan dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Pendidikan | YB Fadhlina Sidek | PKR | |
Kementerian Pendidikan Tinggi | YB Dato' Seri Khaled Nordin | BN (UMNO) | ||
1 | Johor | Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi | YB Norlizah Noh | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Pendidikan | YB Najmi Haji Ahmad | PAS |
Jawatankuasa Pengajian Tinggi | YB Datuk Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail | BERSATU | ||
3 | Kelantan | Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat | YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi | YB Datuk Rais Yasin | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan | YB Dato' Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek | PKR |
6 | Pahang | Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan | YB Dato' Sri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan | YB Khairudin Abu Hanipah | BN (UMNO) |
8 | Perlis | Jawatankuasa Pendidikan | YB Azmir Azizan | PAS |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Pendidikan | YB Prof Dr. P. Ramasamy Palanisamy | DAP |
10 | Sabah | Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi | YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif | GRS |
11 | Sarawak | Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat | YB Datuk Roland Sagah Wee Inn | GPS (PBB) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Pendidikan | YAB Dato' Seri Amirudin Shari | PKR |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi | YB Haji Satiful Bahri Mamat | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
- Kabinet Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ Ng Xiang Yi (10 Oktober 2020). "Tiada portfolio kesihatan dalam kabinet Sabah". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)