Jawatankuasa Pertanian Negeri
Jawatankuasa Pertanian Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pertanian terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi pertanian di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan pertanian dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan | Mohamad Sabu | AMANAH | |
1 | Johor | Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar | Zahari Sarip | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan | Azman Nasrudin | BERSATU |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar | Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan ,Pembangunan Daerah dan Luar Bandar | Abdul Razak Abdul Rahman | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani | Bakri Sawir | AMANAH |
6 | Pahang | Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan | Mohd Soffi Abd Razak | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan | Mohd Zolkafly Harun | BN (UMNO) |
8 | Perlis | Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani | Razali Saad | PAS |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan | Norlela Ariffin | PKR |
10 | Sabah | Kementerian Pertanian dan Perikanan | Jeffrey Gapari Kitingan | GRS (STAR) |
11 | Sarawak | Kementerian Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah | Stephen Rundi Utom | GPS (PBB) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani | Izham Hashim | AMANAH |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi & Pembangunan Luar Bandar | Azman Ibrahim | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia
- Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia
- Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
- Kabinet Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.