Jawatankuasa Wanita Negeri
Jump to navigation
Jump to search
Jawatankuasa Wanita Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pembangunan masyarakat termasuk wanita terletak di bawah bidang kuasa bersama antara persekutuan dan negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pembangunan wanita di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan wanita dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
1 | Johor | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | YB Zaiton Ismail | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Wanita | YB Halimaton Shaadiah Saad | BERSATU |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita | YB Dato' Hajah Mumtaz Md. Nawi | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan | YB Datuk Wira Latipah Omar | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan | YB Nicole Tan Lee Koon | DAP |
6 | Pahang | Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat,
Pembangunan Wanita dan Keluarga |
YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat | YB Datuk Dr. Wan Noorashikin Wan Nordin | BN (UMNO) |
8 | Perlis | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat | YB Siti Berenee Yahaya | BN (UMNO) |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Pembangunan Sosial | YB Chong Eng | DAP |
10 | Sabah | Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat | YB Ir. Hj. Shahelmey Yahya | BN (UMNO) |
11 | Sarawak | Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga
dan Pembangunan Kanak-kanak |
YB Dato' Sri Fatimah Abdullah | GPS (PBB) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga | YB Dr Siti Mariah Mahmud | Amanah |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional | YB Hanafiah Mat | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Wanita di Malaysia
- Wanita Pertama Amerika Syarikat
- Kabinet Malaysia
- Sayap wanita
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.