Jawawut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawawut
Malai jawawut muda
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
S. italica
Nama binomial
Setaria italica
Sinonim
  • Panicum italicum L., 1753[2] (basionym)
  • Panicum viride subsp. italicum (L.) Asch. & Graebn.
  • Panicum viride var. italicum (L.) Backer
  • Chaetochloa italica (L.) Scribn.

sinonim selengkapnya, lihat pada The Plant List.[3]

Jawawut[4][5] atau jewawut adalah sejenis tumbuhan bijirin kecil berupa sekoi yang tumbuh di benua Asia.

Ia pernah menjadi makanan ruji masyarakat Asia Timur dan Asia Tenggara sebelum padi dikenali tamadun-tamadun sana. Tumbuhan ini adalah yang pertama kali dibudidayakan di antara berbagai jenis sekoi dan sekarang menjadi sekoi yang terluas penanamannya di seluruh dunia, dan yang terpenting di Asia Timur.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini mempunyai banyak nama setempat serata kepulauan Nusantara antaranya, jawa (Plb.); jaba ikur (Bat.); jaba uré (Toba); jĕlui (Riau); sĕkui (Mly.); sĕkuai, sakui, sakuih (Min.); randau (Lamp.); jawae (Day.)[specify]; jawawut, kunyit, sekul (Sd.); jawawut, juwawut, otèk (Jw.); jhâbâ , jhâghung jhâbâ, jhâbalèk (Md.); jawa sĕmi, jawawut (Bl.); botai, boté, wotei, batung, wetung, gětung (aneka dialek di Sulut)[specify]; batang, bětěng, wětěng, bané, bailo, wailo (Sulsel)[specify]; botoh, sain (Timor); hotong, atong, hetene, hetenu (Ambon); hétan (Wetar); wetan (Solor); botan (Kai, Tanimbar); bètèn, fètèn (Buru); bobootĕné, botĕmé (Hal.); futu (Ternate & Tidore).[6]

Nama Pulau Jawa acap dikaitkan dengannya.

Botani[sunting | sunting sumber]

Malai jawawut, hasil ladang di Tabir Barat, Merangin, Jambi

Jawawut adalah tanaman semusim seperti rumput, yang dapat mencapai ketinggian 150(–175) cm. Batangnya tegak, kadang-kadang bercabang. Daun-daunnya tunggal, berseling, bentuk garis atau pita, 15–30(–50) cm × 0,5–2,5(–4) cm, meruncing di ujung, tulang daun tengahnya menonjol; dengan pelepah sepanjang 10–15(–25) cm, gundul atau sedikit berambut, lidah (ligula) pendek, berjumbai.[7]

Jambaknya rapat menyerupai "rambut" dan dapat mencapai panjang 30 cm, sehingga orang Inggeris menamakannya "sekoi ekor rubah" (foxtail millet). Bulirnya kecil, hanya sekitar 3mm diameternya, bahkan ada yang lebih kecil. Warna bulir beraneka ragam dari hitam, ungu, merah sampai jingga keperangan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Catatan dari Cina menunjukkan paling tidak juwawut telah dibudidayakan pada sekitar 5.000 tahun sebelum Masehi[7]. Pada saat itu, juwawut menjadi satu-satunya bijirin yang dibudidayakan di sana. Dari Cina, tanaman ini kemudian menyebar ke barat, hingga mencapai Eropah pada sekitar alaf ketiga[7] sebelum Masihi. Orang Romawi telah mengenal dan membudidayakannya sehingga dikenal pula sebagai "sekoi Itali". Rumphius mencatat bahwa hotton atau botton ini ditanam orang di Bali, Makassar, dan Buru, tetapi tidak dalam jumlah besar. Mereka memasaknya dengan santan kelapa hingga menjadi bubur.[8]

Terdapat dua kelompok jenis biologi, yang pertama adalah jewawut yang biasa dimakan orang, S. italica var. italica, dan yang kedua adalah yang biasa dijadikan dedak burung iaitu S. italica var. moharica.

Selain bijinya, sisa dedaun jawawut juga menghasilkan hijauan makanan ternak; sehingga 15-20 ton sisa hijau dan 3.5 tan jerami dapat terhasil dari sehektar jawawut yang ditanam.[9]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Palisot de Beauvois, Ambroise-Marie-Francois-Josep. 1812. Essai d'une Nouvelle Agrostographie; ou Nouveaux Genres des Graminées; Avec Figures Représentant les Caractéres de tous le Genres: 51, 170, 178. Imprimerie de Fain. Paris :Chez l'Auteur [Dec 1812].
  2. ^ Linné, C. von & L. Salvius. 1753. Species plantarum :exhibentes plantas rite cognitas, ad genera relatas, cum differentiis specificis, nominibus... Tomus I: 56. Holmiae :Impensis Laurentii Salvii.
  3. ^ The Plant List: Setaria italica (L.) P.Beauv.
  4. ^ KBBI: jawawut
  5. ^ sekoi, "jawawut". Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  6. ^ Heyne, K. 1987. Tumbuhan Berguna Indonesia I: 256-8 (sebagai Panicum viride Linn. ß italica Linn.). Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. Jakarta. (versi berbahasa Belanda -1922- I: 207-8, sebagai Setaria viridis P.Beauv. ß italica Asch. & Graebn.)
  7. ^ a b c Brink, M., 2006. Setaria italica (L.) P.Beauv. Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine In: Brink, M. & G. Belay (Eds). Plant Resources of Tropical Africa (PROTA) 1: Cereals and pulses/Céréales et légumes secs. [CD-Rom]. PROTA, Wageningen, Netherlands.
  8. ^ Rumpf, G.E. 1747. Herbarium Amboinense: plurimas conplectens arbores, frutices, ... Pars V: 202, Tab. 75 Fig. 2 (sebagai Panicum Indicum). Amstelaedami:apud Franciscum Changuion, Hermannum Uttwerf. MDCCXLVII.
  9. ^ FAO: Setaria italica (L.) Beauv.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]