Jayatirtha

Jayatirtha (IAST: Jayatīrtha), juga dikenali sebagai Teekacharya (Tikacharya) (sekitar 1345 – sekitar 1388), merupakan seorang ahli falsafah Hindu, ahli dialektik, penulis polemik, dan ketua biara keenam bagi Peetha Madhvacharya dari tahun 1365 hingga 1388. Beliau dianggap sebagai salah seorang pendeta penting dalam sejarah mazhab pemikiran Dvaita Vedanta kerana huraian-huraian mendalamnya terhadap karya-karya Madhvacharya. Beliau telah menyusun aspek falsafah Dvaita secara sistematik dan, melalui karya-karya polemiknya, mengangkat martabat mazhab ini setanding dengan aliran-aliran pemikiran sezamannya.

Bersama Madhvacharya dan Vyasatirtha, beliau dihormati sebagai salah satu daripada tiga pendeta agung rohani, atau munitraya dalam tradisi Dvaita.[1] Jayatirtha juga dianggap sebagai penjelmaan semula Indra (raja para dewa) dengan avesha (pengaruh rohani) Adi Sesha dalam parampara Madhva.[2]
Penentang utama aliran Advaita Vedanta yang diasaskan oleh Sankara (A.D. 788–820) ialah Dvaita Vedanta yang dikemukakan oleh Madhvacharya (A.D. 1238–1317). Salah seorang tokoh utama yang menjulang tinggi sistem ini ialah Jayatīrtha.
Kehidupan Awal
[sunting | sunting sumber]Nama asal beliau sebelum menjadi sami ialah Dhondupant (IAST: Dhoṇḍūpant). Beliau dilahirkan di bandar kecil Mangalavede, yang terletak di sempadan Karnataka dan Maharashtra. Bapanya bernama Raghunatha Raya daripada keturunan Desapande, dalam Bharadwaja Gotra Brahmin. Oleh sebab keluarganya kaya dan menerima perlindungan politik, Dhondupant dibesarkan sebagai seorang pemuda yang bebas dan bersenang-lenang. Beliau mempunyai dua orang isteri.
Kehidupan Rahib
[sunting | sunting sumber]Dhondupant yang menjalani kehidupan senang-lenang, mengalami perubahan besar selepas sekali bertemu dengan Akshobhya Tirtha, seorang saṁnyāsin (pertapa) dan pengikut Madhvacarya. Selepas pertemuan ini, Dhondupant meninggalkan dunia dan memeluk kehidupan keagamaan dengan nama baharu, Jayatirtha. Kejadian ini berlaku pada tahun 1376 M ketika beliau berusia 20 tahun.[3]
Setelah menjalani latihan rohani di bawah guru yang cekap ini, Jayatīrtha secara beransur-ansur mengatasi gurunya sendiri.[4]
Jayatīrtha sezaman dengan Vidyaranya, seorang guru dan penulis Advaita yang terkenal, serta pengasas empayar Vijayanagara.
Pada usia empat puluh tahun, Jayatirtha meninggal dunia di tebing sungai Kagini, di Malakheda (atau Manyakshetra) yang dahulunya ibu negeri kerajaan Rashtrakuta, raja-raja Karnataka di wilayah Mysore.
Sebuah gua tempat beliau menghasilkan karya-karyanya masih wujud berhampiran kampung Yaragoḷa di taluk Yadgiri (daerah Gulbarga, Karnataka).
Karya-karya Falsafah
[sunting | sunting sumber]Jayatirtha dikatakan telah menghasilkan 21 karya, dan 18 di antaranya adalah ulasan terhadap karya-karya Madhvacharya.[5][6]
Nyaya Sudha, yang merupakan ulasan terhadap Anu Vyakhyana karya Madhva, dianggap sebagai karya agung Jayatirtha. Karya ini mengandungi sehingga 24,000 sloka dan membahaskan serta mengkritik pelbagai aliran falsafah, daripada mazhab ortodoks Hindu seperti Mimamsa dan Nyaya sehinggalah kepada mazhab heterodoks seperti Buddhisme dan Jainisme, dengan hujah yang memihak kepada fahaman Dvaita.
Jayatirtha menempati kedudukan istimewa dalam sejarah kesusasteraan Dvaita. Kejelasan dan gaya penulisannya yang teratur, digabung dengan kebolehan dialektika yang tajam, telah memastikan karya-karyanya terus diwarisi dan dihuraikan oleh ahli falsafah Dvaita generasi seterusnya seperti Vyasatirtha, Vijayindra Tirtha, Raghuttama Tirtha, Raghavendra Tirtha, dan Vadiraja Tirtha.
Karya agungnya, Nyaya Sudha atau Nektar Logik, memberi tumpuan kepada penolakan menyeluruh terhadap pelbagai falsafah yang berkembang pada zamannya. Pereira mencatat bahawa: “Karya agungnya, Nyaya Sudha , adalah salah satu pencapaian tertinggi dalam teologi India.” Manakala Dasgupta menyatakan: “Jayatirtha dan Vyasatirtha memperlihatkan kemahiran dialektik tertinggi dalam pemikiran India.”
Karya-karya ulasan (Bhasya) dalam falsafah Dvaita Vedanta termasuklah:
[sunting | sunting sumber]- Nyāyasudhā – ulasan terhadap Anuvyākhyāna karya Madhva, yang sendiri merupakan ulasan terhadap Brahmasutra;
- Tattvaprakāśikā – ulasan terhadap Brahmasūtrabhāṣya oleh Madhva;
- Nyāyadīpikā – ulasan terhadap Gītātātparyanirṇaya oleh Madhva;
- Prameyadīpikā – ulasan terhadap Gitabhasya oleh Madhva.
- Tattvoddyotaṭīkā — ulasan terhadap Tattvoddyota Madhva.
- Viṣṇutattvanirṇayaṭīkā — ulasan terhadap Viṣṇutattvanirṇaya.
- Pramāṇalakṣaṇaṭīkā — ulasan terhadap Pramāṇalakṣaṇa, mengenai teori pengetahuan.
- Upādhi Khaṇḍana Ṭīkā — ulasan terhadap teks Upādhi Khaṇḍana.
- Māyāvāda Khaṇḍana Ṭīkā — Penolakan terhadap doktrin Māyāvāda (Advaita), berdasarkan teks Madhva.
- Karma Nirṇaya Ṭīkā — ulasan terhadap Karma Nirṇaya.
- Khaṇḍana Trayodaśī Ṭīkā — Komentar terhadap karya polemik Khaṇḍana Trayodaśī.
- Śrīmadbhāgavata Tatparya Nirṇaya Ṭīkā — Komentar terhadap Bhāgavata Tatparya Nirṇaya, tafsiran Madhva terhadap Śrīmad Bhāgavatam.
Karya-karya asal lain:
[sunting | sunting sumber]- Pramana Paddhati (IAST: Pramāṇa Paddhati) - monograf ringkas mengenai epistemologi Dvaita yang membincangkan pramana (sumber pengetahuan yang sah), teori kebenaran dan kesilapan, serta kesahihan pengetahuan.
- Vadavali (IAST: Vādāvali) risalah falsafah tentang hakikat realiti dan ilusi.
- Anandatartam (Ānandatārtaṁ) — Penjelasan tentang hakikat ontologi serta penolakan terhadap fahaman Advaita.
- Tarkatandava (Tarkatāṇḍava) — Karya polemik yang menyerang sekolah-sekolah pemikiran lain, terutamanya Advaita.
- Tattvasankhyana (Tattvasaṅkhyāna) — Ringkasan kategori-kategori ontologi menurut Dvaita.
- Nyaya manjari (Nyāya-mañjarī) — Ringkasan tentang logik dan debat dalam falsafah Dvaita.
- Nyaya nipuna (Nyāya-nipuṇa) — Penjelasan halus mengenai isu-isu logik dan teori pengetahuan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sharma, B. N. Krishnamurti (2000). A History of the Dvaita School of Vedānta and Its Literature, Vol 1. 3rd Edition. Motilal Banarsidass (2008 Reprint). ISBN 978-8120815759.
- ^ Dalmia, Vasudha; Stietencron, Heinrich von (2009). The Oxford India Hinduism Reader. Oxford University Press. ISBN 9780198062462.
- ^ https://www.prabhupadarays.com/jayatirtha/
- ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism
- ^ Roshen Dalal (18 April 2014). Hinduism: An Alphabetical Guide. Penguin UK. p. 597. ISBN 9788184752779.
- ^ Sharma, B. N. Krishnamurti (2000). A History of the Dvaita School of Vedānta and Its Literature, Vol 1. 3rd Edition. Motilal Banarsidass (2008 Reprint). ISBN 978-8120815759.