Pergi ke kandungan

Jazmy Juma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jazmy Juma
جازمي جمعة
Kelahiran
Jazmy Khan bin Juma Khan

(1998-03-20) 20 Mac 1998 (umur 28)
Nama lainJazmy Khan
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian1.82 m (6 ka 0 in)

Jazmy Khan bin Juma Khan atau lebih dikenali sebagai Jazmy Juma atau Jazmy Khan (lahir 20 Mac 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan ikon pemuda Malaysia Hero Remaja pada tahun 2020.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1998 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau mempunyai darah kacukan Pakistan dan Melayu. Beliau mempunyai kelulusan diploma dalam bidang binaan dan pembangunan. Beliau kini menetap di Puchong, Selangor bersama keluarganya.[1][2]

Pada tahun 2020, Beliau menyertai sebuah pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja musim ke-10. Beliau menyertai pertandingan tersebut kerana ingin mencabar dirinya dalam bidang yang berbeza daripada yang pernah ceburinya sebelum ini. Jazmy serta peserta lain telah dinilai berdasarkan rupa dan kebijaksanaan mereka dari segenap aspek. Beliau juga telah menimba pengalaman berlakon melalui pertandingan tersebut. Jazmy berjaya mengakhiri pertandingan tersebut sebagai salah seorang finalis.

Pada tahun 2021, Beliau telah memulakan kerjaya lakonannya. Beliau memegang watak Zamir dalam drama Marry Me Senorita yang ditayangkan menurusi Astro Ria.[3][4] Beliau juga memainkan watak pembantu dalam drama Shah Alam 40000 yang disiarkan di TV3.[5]

Pada tahun 2022, Jazmy memegang watak Lans Koperal Nazri dalam drama Kalis Peluru yang ditayangkan melalui TV1.[6][7][8][9] Beliau akan membawakan watak Dauz dalam sebuah filem Malaysia akan datang Pulau.[10] Beliau kini menjalani penggambaran untuk drama televisyen TV Okey yang akan datang Julia Arina di mana beliau memainkan watak Adam Heykal.[11]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan Label
2024 "Gelora" Warner Music Malaysia
2026 "Ku Tetap Ada" duet bersama Tracie Sinidol Sony Music Malaysia & Alternate Records & Talents

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2025 Anugerah Melodi Terhangat 2025 Selebriti Newcomer Terhangat Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Artis Baharu Lelaki Popular Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]