Pergi ke kandungan

Jean-Michel Sama Lukonde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Michel Sama Lukonde Kyenge
Perdana Menteri Republik Demokratik Congo
Memegang jawatan
12 April 2021
PresidenFélix Tshisekedi
Didahului olehSylvestre Ilunga
Butiran peribadi
Lahir (1977-08-04) 4 Ogos 1977 (umur 46)
Paris, Perancis
Parti politikFuture of Congo

Jean-Michel Sama Lukonde Kyenge (lahir 4 Ogos 1977) ialah seorang ahli politik Congo. Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Republik Demokratik Congo pada 15 Februari 2021 dan mengangkat sumpah pada 12 April 2021.[1] Beliau ialah ahli parti Future of Congo.

Lukonde dilahirkan pada 4 Ogos 1977, di Paris. Beliau merupakan seorang jurutera pelatih.[2]

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Félix Tshisekedi pada Februari 2021.[3][4]

Sebelum pencalonannya, beliau ialah Ketua Pengarah Gécamines, salah satu syarikat perlombongan terbesar di Afrika, dan yang terbesar di Republik Demokratik Congo. Beliau juga bertugas sebagai salah seorang Wakil termuda di Majlis Nasional (Republik Demokratik Congo), dan menteri Sukan dan Belia semasa pentadbiran presiden Joseph Kabila.

  1. ^ "DR Congo's Tshisekedi names new PM after power struggle". France 24. 2021-02-15. Dicapai pada 2021-02-16.
  2. ^ "RDC : Qui est le nouveau Premier Ministre Jean-Michel Sama Lukonde Kyenge ? -" (dalam bahasa Perancis). 2021-02-16. Dicapai pada 2021-04-13.
  3. ^ Press, Associated (2021-02-15). "Congo president names new prime minister, increases control". Daily Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-16.
  4. ^ archyde (2021-02-15). "Jean-Michel Sama Lukonde appointed Prime Minister of the DRC". Archyde (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-16.