Jeanne Calment

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jeanne Calment
JeanneCalmentaged40.jpg
Calment ketika berusia 40 tahun (1915)
Kelahiran Jeanne Louise Calment
(1875-02-21)21 Februari 1875
Arles, Perancis
Meninggal dunia 4 Ogos 1997
(aged &&&&&&&&&&&&0122.&&&&&0122 tahun, &&&&&&&&&&&&0164.&&&&&0164 hari)
Arles, Perancis
Warganegara Perancis
Terkenal kerana
  • Jangka hayat manusia yang paling lama disahkan - sejak 12 Mei 1990
  • Orang hidup tertua
    (11 Januari 1988
    – 4 Ogos 1997)
  • Individu tunggal yang disahkan yang hidup 120 tahun atau lebih
  • Orang pertama disahkan hidup 116 tahun atau lebih
Ketinggian 1.50 m (4 ft 11 in)
Pasangan Templat:Married
Anak 1

Jeanne Louise Calment (Perancis: [ʒan lwiz kalmɑ̃]; 21 Februari 1875 – 4 Ogos 1997)[1] merupakan supersentenaria Perancis yang menjadi manusia dengan pengesahan jangka hayat paling lama, hidup sehingga &&&&&&&&&&&&0122.&&&&&0122 tahun, &&&&&&&&&&&&0164.&&&&&0164 hari.[2] Beliau dilahirkan dan menetap di Arles sepanjang hayat beliau. Calment menjadi terkenal ketika berusia 113 tahun, apabila lawatan Vincent van Gogh membawa wartawan ke Arles. Jangka hayat beliau telah disahkan menerusi dokumen banci dan banyak kajian telah dilakukan mengenai kesihatan dan gaya hidup beliau.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sijil kelahiran Jeanne Louise Calment

Calment dilahirkan di Arles, Bouches-du-Rhone, Selatan Perancis pada 21 Februari 1875.[1] Bapa beliau, Nicolas Calment (28 Januari 1838 – 22 Januari 1931)[3], merupakan pembina kapal, manakala ibu beliau, Marguerite Gilles (20 Februari 1838 – 18 September 1924), dari keluarga pengilang. Beliau mempunyai seorang abang, François (25 April 1865 – 1 Disember 1962). François hidup sehingga 97 tahun, bapanya sehingga 93 tahun, dan ibunya sehingga 86 tahun.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Ketika hari lahir beliau yang ke-122 tahun pada 21 Februari 1997, telah diumumkan bahawa Calment tidak akan membuat penampilan di khalayak umum lagi memandangkan tahap kesihatan beliau yang semakin merosot. Jean-Marie Robine, penulis bersama buku mengenai Jeanne Calment, berkata "benarkan beliau untuk meninggal dunia, memandangkan perhatian telah membuat beliau kekal hidup",[4] sementara New York Times melaporkan Robine berkata Calment berada dalam keadaan sihat, walaupun mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, sebulan sebelum kematian beliau. [1] Jeanne Calment meninggal dunia pada 4 Ogos 1997 kira-kira jam 10 pagi Central European Time[5] sebab yang tidak diketahui.[6] Menurut para penyelidik, rumah penjagaan menyerahkan mayat beliau dengan cepat dan dalam upacara penuh peribadi, yang kemudiannya dipandu oleh limousine melalui Arles, berhenti di rumahnya di rue Gambetta, dan sebelum ke tanah perkuburan, di mana doktornya meletakkan keranda beliau bersama-sama dengan gambar-gambar anak perempuan dan cucunya, mengikut kehendaknya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Whitney, Craig R. (5 August 1997). "Jeanne Calment, World's Elder, Dies at 122". New York Times. Dicapai 4 August 2008. 
  2. ^ The Guinness Book of Records, 1999 edition, p. 102, ISBN 0-85112-070-9.
  3. ^ Wilhelm, Peter. "Validation of Exceptional Longevity - Jeanne Calment: Validation of the Duration of Her Life". www.demogr.mpg.de. Dicapai 2018-02-19. 
  4. ^ Deller, Deborah. "Jeanne Calment : Obituary". ThisIsAnnouncements. Diarkibkan daripada asal pada 29 July 2012. Dicapai 16 June 2013. 
  5. ^ France 2; August 4 1997
  6. ^ "World's oldest person dead". McCook Daily Gazette. Paris. 4 August 1997. m/s. 1. Dicapai 5 May 2011. 
  7. ^ Allard, Michel; Lebre, Victor; Robine, Jean-Marie; Calment, Jeanne (1998). Jeanne Calment: From Van Gogh's Time to Ours : 122 Extraordinary Years. New York: W.H. Freeman. m/s. 133–136. ISBN 0-7167-3251-3. 

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Robine, Jean-Marie; Allard, Michel (1999). Jeune, Bernard; Vaupel, James W., para penyunting. Jeanne Calment: Validation of the Duration of Her Life. Validation of Exceptional Longevity. Odense University Press. ISBN 87-7838-466-4. 
  • Cavalié, France (1995). Jeanne Calment. L'Oubliée de Dieu [Jeanne Calment. The One Overlooked by God]. Grands témoins [Great Witnesses]. TF1 Éditions/Notre Temps, Paris. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]